ROTI TELUR, LAGI GARING LAGI SEDAP!. Tiap pagi memang inilah menu sarapan Sis. Roti Telur bersama Salad dan Timun di dalamnya. Kalau Sis puasa, Sis makan time Sahur, tapi harini Isnin Sis tak puasa, sebab harini menjaga Cucu yang demam.
Cucu Sis dah masuk Play School tapi bila demam, sekolahnya tak benarkan ibu bapa hantar ke sekolah, sebab hari-hari sebelum masuk sekolahnya, mereka akan check suhu badan dulu.
Dari semalam Cucu dah demam. Semalam pun Sis dan Suami lepak rumah Yana tengok Cucu. Tapi harini demam panas lagi, so harini Yana hantar rumah Sis. Sis jaga Cucu harini.
Pagi tadi Suami taknak sarapan, dia minum KopiO dia aja. Kebetulan anak bujang pulak pergi awal kerja harini saing-saing Ayahnya, so dapatlah Sis buatkan dia Roti Telur ni, kalau tak biasa dia keluar lambat terus makan lunch aja.
Sis buat Roti Telur tu guna roti wholemeal. Sis suka buat rotinya garing-garing macamtu, bika gigit tu crispy gituhh.. tapi anak bujang tadi tegur, dia tak berapa suka plak garing macamtu, tak feel makan roti katanya hahahaha ..
Beli telur Omega 2 bekas, sekejap jer licin. So semalam Suami beli 3 bekas telur Omega hahaha.
Cucu punya Sis buatkan dia Roti Goreng salut telur. Dia suka makan roti telur macamtu, licin 3 keping dia makan tadi. Badannya dedor-dedor lagi.
Semalam demam badannya keluar bintik-bintik, Sis rasa dia kena campak, lepas Yana sapu krim hilang pulak bintiknya. Tapi badan still panas.
Cucu Sis kalau demam, dia akan melepak, baring dan lembik aja, ye laa tak dia tak kita juga kann kalau sakit. Moga cepatlah sihat Cucu Nenek. Sihat nanti kita pergi main taman yaa.
Harini nak masak Sambal Udang Petai, Sup Sayur Kaki Ayam dan Goreng Sayur PakChoy Sos Tiram. Inshaallah ..
P\S : Perut ni dari semalam sebu macam angin tak lepas, adoii sakit betul perut!.
Betul tu kalau garing lagi sedap ni. Semoga cepat sihat cucu.
ReplyDeleteKannn, kalau sandwich yerr takpe lembut hehehe
Deletedah boleh makan telur ke tu?
ReplyDeleteDah, tapi kena tambah karbo sekali ...
DeleteKesian, Khalish. Mujur dia masih ada selera makan, Lin.
ReplyDeleteYerr Kak, nasib baik tekak mau makan .. cuma lembikk aja dia ..
Deletedak kecik ni dah baik demam ke blm??
ReplyDeleteBaru keluar hospital semalam Ret .. alhamdulilah baik-baik aja ..
Delete