SALAM MERDEKA 31 OGOS 2024!. Dah 2 hari tak update blog, sibuk dengan hal sendiri, hal rumah, hal anak-anak. Banyak cerita nak di kongsikan tapi nantilah Sis tulis ya. Harini sementara menunggu Suami mengurut, kita menulis sat.
Alhamdulilah, harini 31 Ogos 2024, Malaysia menyambut hari Kemerdekaannya yang ke-67 tahun, seusia dengan umur arwah Emak Sis tahun 1957.
Korang sambut malam Merdeka di mana? Mesti ramai kan keluar sambut Merdeka lihat bunga api. Di Johor tahun ni banyak tempat ada pertunjukkan bunga api Merdeka. Antara nak hadap dengan tidak jerr jem jalanraya tu.
Harini juga pembukaan rasmi ZOO JOHOR untuk orang ramai. Bolehlah korang bawa family ke Zoo ya..
Sis memang tak kemana, cuma malam semalam ada hal keluarga, selesai saja terus balik rumah. Dengar dan tengok bunga api dari tingkap bilik aja hehehee ..
Semalam pagi sempatlah keluar sarapan dengan Geng Nenek di Kong Kong Laut dan mereka ajak bergambar di tepi laut tu ada bendera hahahaha, Sis layankan ajerr.
Apa-apa pun, salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia dan semoga negara kita ini di rahmati dan di lindungi dari wabak penyakit, penjajah, musuh dan segala mala petaka. Aamiinn ..
Saya Anak Malaysia!! ❤️💙🤍
P/S : Terima kasih Allah ..
Selamat hari kemerdekaan kak Lin
ردحذفSalam kemerdekaan juga buat Rabia ..
حذفSelamat Menyambut Hari kemerdekaan
ردحذفSalam Merdeka juga ..
حذفSelamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 67. Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!
ردحذفSalam Kemerdekaan juga buat Kak Seri ...
حذف