SEMINGGU SUDAH BERLALU, AKU SIHAT!. Rabu ke Rabu, jadinya sudah seminggu berlalu dan kini Sis bertambah sihat dan alhamdulilah pergerakan tidak terbatas dan selera makan pun macam biasa. Cuma banyak perkara Sis kena ‘cut’.
Kisah masuk hospital selama 3 hari di KPJ Pasir Gudang tu, puncanya Sis pergi sebab beberapa hari sebelum tu, dada sebelah kiri sakit, so memang bimbanglah takut jantung ke sakit, so buat appoinment dengan Doktor Aizal dan buat check-up.
Sangat puashati dengan rawatan dari Dr Aizal ni |
Bila mengadu pada Doktor, makanya Doktor sarankan Sis warded aja, sebab nak check secara details apa masaalah sebenar Sis. Tu yang Sis warded tu, pasal sakit bahu tu, lupa plak nak bagitau Doktor, lagipun buat masa ni, dah tak sakit pulak bahunya.
Bila ada insurans beginilah, gunakanlah sebaiknya ketika memerlukan. Masa ni laa rasa berbaloi membayar bulan-bulan, dapat rawatan Doktor pakar dan ‘penginapan’ selesa dan makan pun menu sedap setiap hari.
Bacaan BP masa sampai dalam klinik Dr Aizal |
Tapi tak kisahlah pakar ke kerajaan ke, yang penting bila dah sakit, dapatkan rawatan secepatnya. Biar kita tau awal apa punca dan sakit kita ni, jangan di biar sakit, takut nak dapatkan rawatan, akhirnya… sudah terlambat.
Sis buat semua check-up, termasuk SKOP & Ultrasound Scan, bila dah keluar result, sentap dan down juga Sis mendengarnya, terkejut dengan apa yang Doktor bagitau. Doktor bagitau Sis ada GERD! Result ganbar dari buat skop juga jelas terlihat ‘gas’ dalam perut tu berkampung dalam tu, sebab tu laa Sis sakit dada sebab angin naik ke dada.
Comel sangat welcome gift dari KPJ PG ni ya |
Ermm macam tak percaya Sis ada Gerd, sedangkan Sis orangnya pemakan dan jarang sekali kena Gastrik!. Lagi satu hal, bila Doktor baca result ujian darah Sis pulak, terus Sis rasa down giler masa tu!.
Doktor bagitau Sis ni terlebih protein dalam badan dan sebab itu ianya bocor masuk ke dalam urine Sis, so automatik bacaan pada urine Sis naik dan mana-mana yang berkaitan termasuk Kolestrol dan HB Sis semua UP secara automatik!.
2 botol masuk air ubat |
Satu persatu Doktor terangkan dan Sis juga sampai google punca dan kenapa terjadinya protein terlebih dalam badan, ermm memang pelik tapi benar. Terus Doktor refer Sis ke Pakar Diet KPJ.
Bila jumpa pakar diet dan di interview satu-satu soalan, ternyata banyak kesalahan dalam kitaran pemakanan harian Sis. Kita ni fikir okayy cukup semua protein dan karbo tapi rupanya ada juga yang kita lupa. Dan salah satunya yang pakar diet Sis suruh hentikan, adalah tabiat ‘meratah’ makanan.
Bersabar dalam segala hal. |
Yaa Sis suka meratah makanan, konon kadang tu taknak makan nasi, so ratah lauk, rupanya untuk antibodi Sis, Sis tak boleh buat macamtu, ia bertambah membebankan sistem penghadaman Sis dan menjadikan protein dalam badan Sis terlebih huhuhu..
Cuma Sis bernasib baik, bacaan buah pinggang dan hati Sis baik-baik aja. So for now Sis tengah makan ubat untuk kontrol urine dan dose ubat lain pun Doktor naikkan untuk menstabilkan semua. Segala supplement yang Sis makan, Doktor suruh STOP!.
Thanks Shieda singgah sekejap. |
Begitulah ceritanya .. korang tak payah nak kondem sebab Sis sakit makan tak beringat atau pergi review makan sana sini, Doktor Sis pun tau Sis ni memang blogger buat review, cuma cara pengambilan makanan tu Sis silap catu. So lepas ni Sis ikutlah apa yang pakat diet sarankan aja.
Moga follow-up minggu depan ni akan baik-baik aja laa resultnya, inshaallah … berat badan dari 82kg (Dec 2023) turun ke 74kg, Doktor kata satu pencapaian yang bagus hahahahaha ..
P/S : Lepas keluar wad, takde mood update blog, harini baru rasa mood sampai. Terima kasih buat mereka yang mendoakan Sis.
Semoga terus-terus sihat buat sis lin
ردحذفAlhamdulilah, terima kasih Syazni ..
حذفAlhamdulillah. Masalah kesihatan dapat dikesan awal. Moga konsisten amalkan gaya hidup sihat.
ردحذفYaa Amie, alhamdulilah, dapat rawatan awal ...
حذفuishh...sis lin... semoga cepat sembuh ya. Jaga diri bebaik tau. Saya pun suka ratah lauk sebab acah acah kurangkan karbohidrat. aaaa... risauuu.
ردحذفYaa Yan, kena cut tabiat meratah tu haaa.. makan portion suku suku separuh jerr
حذفOo.. nanti nak PM tepi la sbb lebih kurang sama je masalah kita ni Sislin. Last urine test ada detect protein dalam urine.
ردحذفSama-sama kita menjaga yaa Karni.. moga terus sihat ..
حذفAlhamdulillah Sis Lin dah sembuh. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Baru last week Tini dok fikir-fikir tentang protein intake coz I am cutting all whites. Nanti kena tengok baliklah whether badan okay ke tak. So far so good, insyaAllah, semoga yang baik-baik aje untuk kita semua ya. Amiiiin.
ردحذفYaa kena check juga, kadang dah rasa cukup seimbang, tapi rupanya terlebih protein dalam badan , begitulah ..
حذفSemoga semuanya baik - baik sahaja
ردحذفInshallah, terima kasih Shai ..
حذفYa Allah kak lin, semoga sekarang sudah much better yaaa. Memang lah penyakit nih kadang disebabkan Krn makanan saja. Ini reminder juga untuk saya, supaya makan berimbang.
ردحذفTerkadang pun saya lebih suka makan lauk saja, tp tak nak Karbo. Padahal memang saya pernah baca, tubuh kita tetap butuh Karbo.
Semoga sehat2 selalu untuk kita semua 🤗
Alhamdulilah Fanny, now sihat, ubat aja laa kena makan on time.
حذفItu laa nak salahkan makanan pun tak boleh, sendiri juga tak boleh control hahahaha.. tapi bila dah mula kontrol, jadi shock pulak bila tau sakit, sebab kita dah cut semua..