SUP KAKI AYAM

Sis Lin
8
SUP KAKI AYAM. Siapa sini makan Kaki Ayam? Okkay kita geng! Ada orang tak makan sebab geli, tapi Sis okkay aja, lagi lembut lagi sedap, sekali ngap, tanggal isi tinggal tulang!. 

Biasanya memang Sis buat sup aja kaki ayam ni, kalau rajin, masak dalca, terlebih rajin, buat kerabu (sekali jer dulu pernah buat, sebab renyah), tapi paling kerap Sup Kaki Ayam laa. 

Dalam rumah ni semua makan, kecuali anak bujang, memang katanya ‘geli’ hahahaha.. kadang time makan semeja, dia siap ajuk-ajuk kata, ‘Mak tau tak kaki ayam tu kais tanah, korek-korek pasir’ siapo EEE katanya hahahahaha #adaakukesah! . 

Cuma tu laa kalau nak bersihkannya adeii malas betul, nak potong kukunya, koyak tapaknya, jenuh! Nak makan sedap memang remeh laa caranya kan. 

Sup Kaki Ayam

Khasiat Kaki Ayam 

Kaki ayam, walaupun sering dianggap sebagai bahagian yang kurang berharga, sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Salah satu kandungan utama dalam kaki ayam ialah kolagen, yang penting untuk kesihatan kulit, rambut, dan kuku. 

Kolagen juga membantu memperbaiki tisu dan memperkuat sendi, menjadikannya baik untuk individu yang mengalami masalah sendi atau arthritis. 

Selain itu, kaki ayam juga kaya dengan kalsium, magnesium, dan fosforus, yang penting untuk kesihatan tulang. Kandungan kalsium yang tinggi membantu mencegah osteoporosis, terutama bagi golongan lanjut usia.

Kaki ayam juga mengandungi glukosamin dan kondroitin, dua bahan yang sering digunakan dalam suplemen untuk mengurangkan kesakitan sendi dan memperbaiki fungsi sendi.

Kaki ayam mengandungi gelatin yang baik untuk pencernaan dan membantu dalam pembentukan bakteria baik di dalam usus, yang penting untuk kesihatan usus. 

Bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan, kaki ayam adalah pilihan yang baik kerana ia rendah kalori tetapi tinggi nutrien. 


P/S : Hujan lebat Pasir Gudang, alhamdulilah .. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ramai ckp byk benifit sup kaki ayam ni but MA pun x pandai nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, paling banyak kolagen dalam kaki ayam tu MA ..

      Delete
  2. Banyaknya khasiat kaki ayam.
    Takut lepas ni tak cukup bekalan di pasaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann Wak, kesian ayam tak cukup kaki hahahaha

      Delete
  3. Memang sedaaaap ceker ayam 😍😍😍😍. Kami sekeluarga suka kak.

    Kdg beli ceker ayam di pasar 1 kg hanya utk di masak kecap pedas. Anak2' langsung berebut. Pernah juga di masak ceker mercon, ini semacam balado ceker lah. Disebut mercon karena pedaaas 😄

    Kalo disop saya bisa makan, tp bukan favorit. Memang harus pedas kalo kluarga sini 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis suka juga ceker masak kicap, cuma jarang masaknya, selalu bikin sup aja.. kadang goreng tapi kena makan panas-panas ..

      Delete
  4. Banyak kolagen la amad sebab tu semua yg makan kaki ayam especially buat sup memang awet muda...x yah pi jauh tengok mak awak je la...( okey sis dah bekap) SA antara pencinta sup kaki ayam...dapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.. kann geram je kita kann anak bujang tu.. potong stim nak makan kaki ayam hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!