TERLALU SIBUK DENGAN DIRI SENDIRI SAMPAI LUPA ORANG LAIN. Sejak-sejak ni, banyak perkara dan aktiviti Sis buat semua Sis beri keutamaan untuk diri sendiri. Sebab terlalu sibuk dengan diri sendiri sampai lupa orang lain.
Mana taknya, sibuk sana sini, lupa yang Sis berjanji dengan adik-adik nak ajak mereka datang ke rumah, kemudian terlupa pulak nak pergi rumah kawan Sis makan-makan potluck, aishh memang semua Sis lupa.
Tapi nasib baik laa memasing faham dan tidak merajuk atau berkecil hati, tapi tak tau laa kan belakangnya macam mana. Sungguh memang Sis lupa. Apa-apa pun minggu ni pasti kena tunaikan janji dengan adik-adik.
Sis rasa dari Sis keluar hospital memang belum ada rest sepenuhnya lagi. Lepas keluar wad, Sis keluar berjumpa Geng bas Sekolah makan-makan birthday Ima, then pergi pulak Jalan-Jalan Cari Makan di Kemaman, kemudian jumpa lagi Geng Bas Sekolah dari Mekah.
Selepas tu pergi pulak Buffet Dinner Discovery This Way di Renaissance Johor Bahru Hotel. Kemudian ke Pulai Spings Resort Dinner Qing Palace Restaurant. Then sambung event Chef Table’s Mooncake di Renaissance Johor Bahru Hotel lagi.
Habis dinner tu, terus ke Educity support konsert Dare to Dream Keyin Sexafonist pula. Then semalam, Sis pergi pula event Lego BIG Dragon di sana. Fuhhh bayangkan tak betapa fullnya jadual Sis, tapi Sis HAPPY!.
Itu pun ada yang Sis cancel sebab jadual eventnya bertindih, so memang tak dapat nak pergi. Sis enjoy aja pergi sana sini event walau jauh sampai ke Kota Iskandar sana. Event tu pergi di bayar ke tidak, but why? takkan di bayar pun Sis nak cakap?.
Now lebih selesa diam aja, dapat job berbayar ke tidak ke, better aku diam. Just pergi untuk happykan diri sendiri, jumpa kengkawan dan nak bernetworking sesama media Johor. Lain-lain hal malas nak amik port. Pergi event, then balik.
Sekarang ni ramai memerhati. Perangai Sis, lagi orang perhati, lagi aku suka menulis dan up semua, bior dia tengok kita HAPPY sampai dia jadi GILA! Hahahahaha …
P/S : Terima kasih juga pada En Suami yang memahami dan mengizinkan aku ke sana sini, alhamdulilah 🤍
janji ko hepi tak susahkan orang lain :)
ReplyDeleteKann Ret.. dulikkk kan orang nak kata apa kannn hahahahaha
Delete