ZOO JOHOR AKAN DI BUKA PADA 31 OGOS 2024!. Akhirnya yang di tunggu-tunggu di umumkan juga. Zoo Johor akan di buka pada 31 Ogos ini pada Hari Merdeka!. Sis tak dapat bayangkan betapa meriahnya Zoo Johor pada haritu. Kebetulan hari cuti umum dan sudah tentu semua warga Johor akan tertumpu di sana.
Inilah masanya nak bawa anak-anak dan keluarga ke Zoo Johor melihat haiwan-haiwan setelah lama ianya di tutup. Harga tiket sedikit naik berbanding harga lama. Kalau dulu Dewasa RM2, now Dewasa RM10, dulu Kanak-Kanak RM1, now sudah RM5, pun bagi Sis terlalu murah lagi berbanding nak masuk Zoo-Zoo lain kan?.
Akhirnya! Zoo Johor akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Tiket boleh dibeli secara tanpa tunai dengan 'walk-in' di kaunter atau melalui kiosk disediakan atau secara 'online' dan pembelian terakhir pada jam 5 petang.
Pengunjung yang bercadang ke Zoo Johor 31 Ogos ini, letakkan kenderaan anda di tapak parkir Penjara Ayer Molek dan gunakan 'shuttle bus' disediakan.
Kredit : Media Digital Johor
Harapnya setelah Zoo Johor di buka, kita sebagai pengunjung dan pengguna, kenalah bersikap tanggungjawab menjaga kebersihan Zoo Johor itu. Bukannya apa, sikap paling tak boleh di bendung adalab sikap membuang sampah merata-rata. Dari dulu sampai sekarang, tak tau laa kenapa yer. Moga kita sama-samalah menjaga kebersihan Zoo Johor kita ya.
Tengok pada rakaman gambar sewaktu Menteri Besar buat lawatan, memang cantik, dan lebih nampak luas dan bersih terjaga Zoo Johor sekarang. Sis pun tak sabar nak bawa Cucu ke Zoo Johor ni, cuma bukan dalam waktu terdekat ni laa, mestilah ramai kan. Tapi pergi time ramai-ramai tu laa bestkan!. Lagipun bukan taman tema tema nak beratur beli tiket pun.
So bagi mereka di luar dari Johor, jemputlah datang ke Zoo Johor kami yer ..
P/S : Banyak kenangan aku di Zoo Johor ni bersama arwah Abah :(
waa bestnya, dah lama rasanya tak jejak kaki di zoo
ReplyDeleteKannn di Johor ni kalau takde Zoo rasa lain macam ...
DeleteMurah dah tu tiket harga macam tu kalau sekarang ni. Best la orang Johor ada zoo 😁
ReplyDeleteYerr murah dah kan harga tu.. tu pun ada yang kata naik banyak sangat ermmm ...
DeleteOk. Kalau 'sesat' saya akan terjah. Insya Allah
ReplyDeleteKenalah singgah yerr kalau sesat di Johor hehehehe
Deletetak sabarnya bawa anak anak ke zoo johor. Last pergi hujung tahun 2019.
ReplyDeleteKita pun sama, tak sabar nak bawa Cucu ke Zoo ..
Delete