ZOO JOHOR AKAN DI BUKA PADA 31 OGOS 2024!

Sis Lin
8
ZOO JOHOR AKAN DI BUKA PADA 31 OGOS 2024!. Akhirnya yang di tunggu-tunggu di umumkan juga. Zoo Johor akan di buka pada 31 Ogos ini pada Hari Merdeka!. Sis tak dapat bayangkan betapa meriahnya Zoo Johor pada haritu. Kebetulan hari cuti umum dan sudah tentu semua warga Johor akan tertumpu di sana.

Inilah masanya nak bawa anak-anak dan keluarga ke Zoo Johor melihat haiwan-haiwan setelah lama ianya di tutup. Harga tiket sedikit naik berbanding harga lama. Kalau dulu Dewasa RM2, now Dewasa RM10, dulu Kanak-Kanak RM1, now sudah RM5, pun bagi Sis terlalu murah lagi berbanding nak masuk Zoo-Zoo lain kan?.

Zoo Johor Akan Di Buka Pada 31 Ogos 2024

ZOO JOHOR KINI DIBUKA KEPADA UMUM

Akhirnya! Zoo Johor akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Tiket boleh dibeli secara tanpa tunai dengan 'walk-in' di kaunter atau melalui kiosk disediakan atau secara 'online' dan pembelian terakhir pada jam 5 petang.

Pengunjung yang bercadang ke Zoo Johor 31 Ogos ini, letakkan kenderaan anda di tapak parkir Penjara Ayer Molek dan gunakan 'shuttle bus' disediakan.

Kredit : Media Digital Johor

Zoo Johor Akan Di Buka Pada 31 Ogos 2024

Harapnya setelah Zoo Johor di buka, kita sebagai pengunjung dan pengguna, kenalah bersikap tanggungjawab menjaga kebersihan Zoo Johor itu. Bukannya apa, sikap paling tak boleh di bendung adalab sikap membuang sampah merata-rata. Dari dulu sampai sekarang, tak tau laa kenapa yer. Moga kita sama-samalah menjaga kebersihan Zoo Johor kita ya.

Tengok pada rakaman gambar sewaktu Menteri Besar buat lawatan, memang cantik, dan lebih nampak luas dan bersih terjaga Zoo Johor sekarang. Sis pun tak sabar nak bawa Cucu ke Zoo Johor ni, cuma bukan dalam waktu terdekat ni laa, mestilah ramai kan. Tapi pergi time ramai-ramai tu laa bestkan!. Lagipun bukan taman tema tema nak beratur beli tiket pun. 

So bagi mereka di luar dari Johor, jemputlah datang ke Zoo Johor kami yer ..


P/S : Banyak kenangan aku di Zoo Johor ni bersama arwah Abah :( 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. waa bestnya, dah lama rasanya tak jejak kaki di zoo

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn di Johor ni kalau takde Zoo rasa lain macam ...

      حذف
  2. Murah dah tu tiket harga macam tu kalau sekarang ni. Best la orang Johor ada zoo 😁

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr murah dah kan harga tu.. tu pun ada yang kata naik banyak sangat ermmm ...

      حذف
  3. Ok. Kalau 'sesat' saya akan terjah. Insya Allah

    ردحذف
    الردود
    1. Kenalah singgah yerr kalau sesat di Johor hehehehe

      حذف
  4. tak sabarnya bawa anak anak ke zoo johor. Last pergi hujung tahun 2019.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!