ANAK BAWA BALIK BUAH MESTA. Tiba-tiba semalam anak Sis di KL tu kata nak balik Johor cuti lama. Kebetulan katanya Suaminya ada kerja di Johor, so anak Sis ikut sekali ke Johor.
Sebelum balik anak Sis tanya dan nak amik order buah Mesta. Buah Mesta ni dari kebun kawan baiknya. Kali ni banyak betul musim buahnya keluarkan hasil. Rezeki kami laa di Johor dapat merasa buah Mesta untuk musim kali ni.
Sis bagitau anak Sis nak 3kilo. Moksunya juga nak 4kilo, Yana pun order 3kilo, so berkilo-kilo laaa si Kakaknya bawa balik Johor. Buah fresh dari ladang kata Kakak, sebab baru petik pagi semalam.
Kalau tengok macam buah Manggis kan? Tapi sebenarnya kalau lihat dari bentuk fizikalnya memang lain. Buah Mesta ni bentuk agak bujur sikit dan rasa manisnya lain dari buah Manggis.
Memang manis buah Mesta lagi berbanding buah Manggis.
Harga pun jauh beza dari buah Manggis. Buah Mesta ni kawan anak jual sekilo RM15. Dengar memang mahal tapi percayalah sangat puashati makannya dan pasti akan ketagih makannya berbiji-biji.
Sis sendiri kalau dah start makan, memang susah nak stop!. Lain macam manisnya dan paling susah nak jumpa jenis ‘batu’. Kalau makan buah Manggis, kadang ada masam dan manisnya tak menentu, tapi buah Mesta ni sentiasa rasanya sama dan manis.
Now tengah musim ni, korang pergilah cari dan mencubanya. Kalau di KL yang nak mencubanya, bagitau Sis, Sis boleh rekemen direct dari kebun.
P/S : Bila anak-anak semua balik, makanya non-stop berasap laa dapur Maknya kannn…
die mcm bujur skit..tkpernh rasa....mmg skali tgk mcm manggis rupanya buah mesta
ردحذفYer betul, bentuknya bujur, beza dengan manggis ..
حذفBaru tau Sislin... kalau tak baca kat sini memang akan ingat ni buah manggis 😅
ردحذفKL jarang ada sebab ia bermusim, kalau nak cuba, nanti contact Kakak tu.. kawan dia punya kebun Karni ..
حذفingatkan buah manggis, memang dr jauh nampak sama..bial tgk dekat2..nampak bujur tu
ردحذفwah..x pernah jumpa & ni baru tahu...
Ramai memang ingat Manggis, bentuk lain dan harga pun agak mahal sikit dari Manggis..
حذفMacam nak serupa manggis tapi tak sama kan. Tak pernah makan tapi tengok di blog kawan2 je.
ردحذفKannn.. kalau tak cakap, memang orang ingat Manggis Mulan..
حذفDana banyak kali baca pasal buah mesta ni tapi tak pernah jumpa atau beli lagi, tak pernah jumpa lagi kak...
ردحذفHaah dia ada tempat dan musim je Dana.. kalau nak cuba, boleh juga, nanti email akak, akak bagi nombor anak, kawan dia punya kebun..
حذف