ANAK BAWA BALIK BUAH MESTA

Sis Lin
10
ANAK BAWA BALIK BUAH MESTA. Tiba-tiba semalam anak Sis di KL tu kata nak balik Johor cuti lama. Kebetulan katanya Suaminya ada kerja di Johor, so anak Sis ikut sekali ke Johor. 

Sebelum balik anak Sis tanya dan nak amik order buah Mesta. Buah Mesta ni dari kebun kawan baiknya. Kali ni banyak betul musim buahnya keluarkan hasil. Rezeki kami laa di Johor dapat merasa buah Mesta untuk musim kali ni. 

Anak Bawa Balik Buah Mesta

Sis bagitau anak Sis nak 3kilo. Moksunya juga nak 4kilo, Yana pun order 3kilo, so berkilo-kilo laaa si Kakaknya bawa balik Johor. Buah fresh dari ladang kata Kakak, sebab baru petik pagi semalam. 

Kalau tengok macam buah Manggis kan? Tapi sebenarnya kalau lihat dari bentuk fizikalnya memang lain. Buah Mesta ni bentuk agak bujur sikit dan rasa manisnya lain dari buah Manggis. 

Memang manis buah Mesta lagi berbanding buah Manggis. 

Anak Bawa Balik Buah Mesta

Harga pun jauh beza dari buah Manggis. Buah Mesta ni kawan anak jual sekilo RM15. Dengar memang mahal tapi percayalah sangat puashati makannya dan pasti akan ketagih makannya berbiji-biji. 

Sis sendiri kalau dah start makan, memang susah nak stop!. Lain macam manisnya dan paling susah nak jumpa jenis ‘batu’. Kalau makan buah Manggis, kadang ada masam dan manisnya tak menentu, tapi buah Mesta ni sentiasa rasanya sama dan manis. 

Now tengah musim ni, korang pergilah cari dan mencubanya. Kalau di KL yang nak mencubanya, bagitau Sis, Sis boleh rekemen direct dari kebun. 


P/S : Bila anak-anak semua balik, makanya non-stop berasap laa dapur Maknya kannn… 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. die mcm bujur skit..tkpernh rasa....mmg skali tgk mcm manggis rupanya buah mesta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul, bentuknya bujur, beza dengan manggis ..

      Delete
  2. Baru tau Sislin... kalau tak baca kat sini memang akan ingat ni buah manggis 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL jarang ada sebab ia bermusim, kalau nak cuba, nanti contact Kakak tu.. kawan dia punya kebun Karni ..

      Delete
  3. ingatkan buah manggis, memang dr jauh nampak sama..bial tgk dekat2..nampak bujur tu
    wah..x pernah jumpa & ni baru tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai memang ingat Manggis, bentuk lain dan harga pun agak mahal sikit dari Manggis..

      Delete
  4. Macam nak serupa manggis tapi tak sama kan. Tak pernah makan tapi tengok di blog kawan2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. kalau tak cakap, memang orang ingat Manggis Mulan..

      Delete
  5. Dana banyak kali baca pasal buah mesta ni tapi tak pernah jumpa atau beli lagi, tak pernah jumpa lagi kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dia ada tempat dan musim je Dana.. kalau nak cuba, boleh juga, nanti email akak, akak bagi nombor anak, kawan dia punya kebun..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!