BELANJA SUAMI DAN ANAK MAKAN TENGAHARI DI UWAN BONGEK

Sis Lin
14
BELANJA SUAMI DAN ANAK MAKAN TENGAHARI DI UWAN BONGEK. Cuti hujung minggu baru ni, memang dah ada plan, Suami dah kata nak cuba makan di 'nasi dulang' katanya. Bila anak tanya dekat mana kedainya, katanya tempat baru di Seri Alam (tengok kat TikTok katanya). Dalam hati Sis kedai apa pulak ekk nasi dulang. 

Tanya Yana, rupanya Yana kata, tu mesti kedai Uwan Bongek, hahahahaha... sekali bila Suami tunjuk video TikTok tu, haaa betullah tu, nasi dulang yang di maksudkan Suami adalah Uwan Bongek hahahaha.. Bagi sesiapa yang pernah makan di Uwan Bongek, kedainya sebelum ni di highway EDL Permas sana, tapi selepas tu, berpindah di Seri Alam. 

Belanja Suami Dan Anak Makan Tengahari Di Uwan Bongek

Baik dari kedai lama atau kedai baru ni, ini kali pertama Sis datang makan. Kalau Yana dia dah datang makan berkali-kali dengan kawan-kawan dia. 

Kedai Uwan Bongek ni terletak berdepan dengan Hotel De'Elegance dan sederet betul sebelah dengan Kedai Hua Mui, belakang Kluang Station. So memang senang nak mencari kedainya. Masa sampai tu, agak awal juga, dalam jam 11.30am macamtu kami dah sampai, ada juga pelanggan lain dah duduk. 

Order kena scan barcode (paling tak suka). Suami dah kata nak makan berdulang, so Sis amik laaa yang Set Dulang 4 orang makan. menunya banyak pilihan, tapi pilihan set kami masa tu, Asam Pedas Tetel, Ikan Jenahak Lemak Cili Api, Kang Kung Goreng Belacan, Ayam Goreng dan Ulam-Ulaman

Belanja Suami Dan Anak Makan Tengahari Di Uwan Bongek

Belanja Suami Dan Anak Makan Tengahari Di Uwan Bongek

Dan Sis tambah Terung Sambal Berlado dan Telur Dadar. Minuman pun banyak juga pilihan. Nak imbau kenangan masa lalu, haruslah order Air Sirap kann hehehehe.. Yang best dan menariknya, staff mereka memakai pakaian gaya hulu balang dan dayang istana. Kemain lagi kannn siap bertanjakkk dan bersanggul (segan pula nak amik gambar). 

Menunggu makanan pun tak lama, makanan pun sampai panas-panas, memang servis di sini bagus. Murah dengan senyuman melayan pelanggan. Tempat pun selesa, ada hawa dingin dan juga kipas. Banyak tempat duduk dan luas mata memandang. 

Belanja Suami Dan Anak Makan Tengahari Di Uwan Bongek

Belanja Suami Dan Anak Makan Tengahari Di Uwan Bongek

Makanan sampai, memang tak tunggu laa, terus makan kami, kira makan 'brunch' sekali jalan. Suami memuji kesedapan Asam Pedas Tetelnya, sedap boleh tahan katanya. Masak lemak ikan jenahaknya pun sedap, ikan fresh dan tidak terlalu pedas. Lain-lain menu pun semua okayy, paling sedap itu Sambal Belacannya, perghh anak bujang makan kemain lagii sambalnya.. 

Harga tidaklah terlalu mahal, set dulang kami tu harganya RM70.90 untuk 4 orang makan, sangat berbaloi dan muai makan 4 orang. Tapi sebab kami ada add-on menu lain dan minuman sekali, so harga yang kami bayar RM108.40. Puashati makan. Alhamdulilah .. 

Belanja Suami Dan Anak Makan Tengahari Di Uwan Bongek

Payment hanya Cash atau QR Code aja, debit/kredit buat masa ni tidak boleh. Oh yaa, mereka juga ada menu sarapan pagi. Sis tengok ada gak roti bakar dan menu-menu lain (tapi lupa menu apa). 

Korang yang nak cuba makan di sini bolehlah datang yaa. Sis letak alamat di bawah. Next time nak datang lagi, Sis nak try Gulai Kari Kampung dan Daging Salai Lemak Cili Api pulak. Yana kata sedap. Okayy masuk list.. 

Uwan Bongek
 53, Jalan Suria 1/1, 
Bandar Seri Alam, 
81750 Masai, Johor

Buka dari jam 8am - 5pm
Jumaat : 8am - 1pm (rehat) 2pm - 5pm
ISININ TUTUP 


P/S : Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan, alhamdulilah .. 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. uwan bongek ni owner dia mesti asal dari Bongek, Rembau. hahaha agak jelah

    ردحذف
  2. SA agak la Uwan Bongek ni asal dari Rembau..sebab kat Rembau ada daerah Bongek...hehehe...

    ردحذف
  3. semua nampak menyelerakan..... tu la bongek tu nampak sgt nogori dia.. he he ..baca komen Ammi & Kak SA...sama je

    ردحذف
    الردود
    1. Kann ada juga kemungkinannyaa.. nanti kalau ke sana lagi, kita tanyakan hehehe

      حذف
  4. Nampak sedap2 belaka
    Selamat menjamu selera

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Wak, rezeki kami, semua sedap-sedap ...

      حذف
  5. Menu seperti inilah yg saya sukaaaa kak. Siap dihidang pakai dulang pula 😍😍😍😍. Pasti sedap memang. Oh bongek ini nama daerah yaa?

    Memang harus jadi plan saya ke Johor, nampak sedap semua kulinernya

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo di sana memang hidang berdulang gini yaa.. seronok makan ramai-ramai kann...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!