BUFET MAKAN TENGAHARI 'MALAYSIA SEDAP' DI CAPRI BY FRASER JOHOR BAHRU

Sis Lin
6
BUFET MAKAN TENGAHARI 'MALAYSIA SEDAP' DI CAPRI BY FRASER JOHOR BAHRU. Agak lama tak ke Capri by Fraser Johor Bahru ni, bila dapat jemputan makan tengahari bufet di Cafe Caprilicious ni, terus Sis terima jemputannya, lagipun memang saja nak keluar healing berjumpa dengan kawan sambil makan-makan. 

Sis datang berdua dengan Norfy dari Iskandrian Johor, kemudian ada juga kawan-kawan media yang lain. Kami berdua datang awal sebab memang saja nak lepak sekejap di Coffee Shop mereka di ruang Lobby dan pekena JWC Coffee di situ. Sambil tu berborak laa pasal agenda seterusnya, gitulah kalau dah jumpa kan. 

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Untuk kali ni Capri by Fraser Johor Bahru telah mengadakan promosi bufet makan tengahari mereka bertemakan Malaysia Sedap dengan lebih dari 50 jenis menu masakan melayu, western, soup, juga aneka pencui mulut. Paling bestnya, ada Yong TauFu yaaa.. Sis suka sangatttt.. 

Dari menu utama hinggalah ke menu goreng-gorengan, semuanya ada tersedia. Masakan panas juga ada, antaranya; Oyster Omellete, mereka masak atas permintaan sahaja. Korang kena cuba. 

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bagi Sis memang sangat berbaloilah dengan pilihan yang di sediakan. Menu nasi ada, mee ada, sup ada, goreng-gorengan ada, rojak ada, semuanya pun ada. Korang boleh makan selagi boleh makan. Ada masakan goreng, kukus, bakar dan juga goreng panas. Antara menu-menunya termasuk; Asam Pedas Daging, Nasi Ayam, Yong Taufu, Mee Kari Nyonya, Bubur Berlauk, Udang Masak Lemak Nanas, dan beberapa jenis hidangan lagi. 

Masa Sis datang ni kebetulan masa tu bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, so bila hujung minggu memang ramailah yang datang mencari tempat makan tengahari bufet macam ni. Cumanya bufet makan tengahari ini hanya berlangsung hanya pada hari Jumaat sahaja. Dan pada hari Sabtu pula bufet makan malam sahaja. So korang jangan salah faham pulak kata nanti datang takde bufet yaa.. 

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Sebab ada kawan Sis datang pada hari Sabtu mencari bufet makan tengahari ni, memang takde laa, sebab hanya pada hari Jumaat sahaja. Sis dah tulis di FB Pages akusislin details tu, mesti terlepas pandang membacanya kan hehehehe.. 

Buat masa ni promosi buffet lunch dan buffet dinner ni masih lagi berlangsung, So bagi korang yang kebetulan no idea nak makan sana, bolehlah datang kesini dan mencubanya okkay!. Jangan lupa beli dengan promo code yang Sis beri tu, korang akan dapat diskaun 5% dari harga asal. 

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Bufet Makan Tengahari 'Malaysia Sedap' Di Capri by Fraser Johor Bahru

Malaysia SEDAP Bufet Lunch @ Caprilicious 
JUMAAT (Lunch): 12pm - 3:00pm
SABTU (Dinner): 6:30pm - 9:30pm

HARGA : RM67nett Dewasa (seorang)
Promosi harga berakhir sehingga 30 September 2024. 
Diskaun 5% OFF untuk pembelian Promo Code: <sislin5>
*T&C Applies

Untuk tempahan & pertanyaan ; 
Ms. Anne: 010-321 7958
Ms. Hidaya: 013-633 0849
Mr. Sabah: 012-240 4443

IG posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
Facebook Pages posting : akusislin

Selamat menjamu selera ... 


P/S : Macam lama pulak tak keluar makan bufet hotel laa hehehehe.. ada sapa nak belanja tak? :p

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Rambang mata tengok semuanya sedap2.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, sampai tak tau nak makan mana dulu hehehehe

      حذف
  2. Saya dah lamaaaa sangat tak makan buffet, Krn ntah kenapa lambung semakin mengecil rasanya 😅. Tapi kalo harga buffet tak terlalu mahal, saya masih mau, Krn merasa worth it lah dengan porsi makan saya.

    Nampak sedaap semua menunya kak 😍😍😍. Memang bikin Rambang mata 😄

    ردحذف
    الردود
    1. Puashati makan buffet bagi mereka yang pemakan Fanny. Harga boleh ikut pilihan, banyak tempat tawar harga yang lebih murah atau tinggi.. ikut pilihan memasing ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!