Umat Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul pada setiap 12 Rabiulawal sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang kepada baginda, yang membawa rahmat kepada seluruh alam melalui ajaran Islam.
Selain daripada itu, Rabiulawal juga merupakan bulan di mana beberapa peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW berlaku. Antaranya adalah peristiwa hijrah baginda dari Mekah ke Madinah, yang menandakan permulaan takwim Hijriah.

Hijrah tersebut bukan sahaja mengubah nasib umat Islam tetapi juga menyaksikan penyebaran Islam yang lebih meluas di Semenanjung Arab.
Dalam konteks sejarah Islam, Rabiulawal juga menjadi bulan untuk mengenang perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Islamiah. Baginda menghadapi banyak cabaran dan tentangan daripada musuh-musuh Islam, namun dengan kesabaran dan kecekalan baginda,
Islam dapat berkembang dan menjadi agama yang dianuti oleh lebih daripada satu bilion umat di seluruh dunia hari ini.
Bulan ini sering digunakan oleh umat Islam untuk memperbanyakkan selawat dan doa ke atas Nabi Muhammad SAW. Banyak majlis-majlis ilmu, ceramah agama, dan perhimpunan keagamaan diadakan bagi memperingati perjuangan baginda dan memperkukuh kecintaan umat kepada Rasulullah.

Bulan Rabiulawal juga bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Rabiul Awal juga dikenal sebagai “bulan salawat” karena peringatan Maulid Nabi. Umat Muslim dianjurkan untuk memperbanyak membaca salawat (doa dan pujian) kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan melakukannya, umat Muslim mendekatkan diri kepada beliau, memahami ajaran-ajarannya, dan mengungkapkan cinta serta penghormatan kepada Nabi besar tersebut.
Apabila kita menyambut Maulidur Rasul, banyak kelebihan-kelebihan yang diperolehi. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
Oleh itu, bulan Rabiulawal bukan sahaja bulan memperingati sejarah, tetapi juga bulan untuk mempertingkatkan amal ibadah dan memperbaharui semangat dalam mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.
12hb Rabiulawal 2024 atau Mawlid Nabi / Maulidur Rasul 2024 ditetapkan tarikhnya pada 16h September, 2024, sama dengan hari cuti Hari Malaysia.
P/S : Sekejap dah bulan 9 yerkkkk...
tq sis..for sharing..
ReplyDeletebetul, kejab je dah bulan 9 kannn
Kannn, tau-tau nanti dah tahun baru :(
Delete