JOM MAKAN-MAKAN BUFET HUJUNG MINGGU DI TROVE JOHOR BAHRU. Cuti hujung minggu bagi korang yang mencari tempat makan tengahari dan makan malam dan inginkan kelainan dalam suasana tempat dan juga menu, so apakata korang bawa keluarga dan kawankawan korang datang makan di TROVE Johor Bahru Hotel.
Baru ni Sis datang sini makan tengahari pada hari Jumaat. Dan tema hari Jumaat pada haritu adalah Nasi Padang. Yup, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, temanya berbeza, begitu juga tema makan malamnya. Menarik juga kann, so korang boleh buat pilihan.
Sesekali kita ubah selera makan tengahari di Hotel apa salahnya. Privacy sikit dan beruntung juga pada mereka yang suka makan, sebab hidangannya secara bufet, so korang boleh nikmatinya sambil berborak dengan kengkawan atau family tanpa berebut-rebut. Kalau ramai pun, makanannya sentiasa di topup.
Menu yang di hidangkan juga menyelerakan dan pasti menepati citarasa semua. Bukan masakan Melayu aja, malah ada juga masakan Western, Salad, Rojak, Goreng-Gorengan, Sup, Pasta dan banyak lagi. Setakat nak makan tengahari, boleh sangat! Puashati makan di sini. Korang boleh cuba nanti okkayy.. Sis suka betul Pasta dia! Sedap sungguh!.
Masa Sis datang tu ada sepasukan team yang book, so agak crowded, nak amik gambar pun memasing dah sibuk menceduk hahahaha tapi Sis perhatikan menu-menunya memang sentiasa di topup dan Chef juga memantau semua hidangan, so tidaklah korang nanti terpusing-pusing tengok makanan dah habis yaa..
Tapi tu laa, yang jadi pilihan Sis masa tu adalah Pasta in Parmesan dia, ishhh sedap betullah, jarang-jarang Sis suka nak makan pasta cheese macam ni, tapi di sini, Sis boleh makan sepinggan pasta dan juga sepinggan nasi berlauk. Kenyang betul..
So korang bolehlah datang sini bawa kengkawan atau keluarga makan tengahari atau makan malam di Lada & Clove Trove Johor Bahru ni nanti. Sis nasihatkan agar korang buat tempahan awal supaya senang terus walk-in masuk dan makan. Takut nanti tiba ada team booking, tempat jadi full.
* Friday Lunch: Nasi Padang
* Friday Dinner: Seafood Night Western
* Saturday Lunch: Malay Feast
* Saturday Dinner: Western Night
* Sunday Lunch: Nasi Kandar Delight
(NO Dinner)
Savour The Weekend Buffet
Lada & Clove Level 8
Trove Johor Bahru
𝗕𝘂𝗳𝗳𝗲𝘁 𝗟𝘂𝗻𝗰𝗵
Setiap JUMAAT, SABTU & AHAD
Bermula Jam 12:00pm - 2:30pm
Harga RM45nett/pax
𝗕𝘂𝗳𝗳𝗲𝘁 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿
Setiap JUMAAT & SABTU sahaja
Bermula Jam 6:00pm - 10:00pm
Harga RM55nett/pax
2 orang Kanak-Kanak bawah 10 tahun makan PERCUMA apabila korang beli 2 tiket DEWASA.
Pertanyaan & Tempahan meja ;
☎️ +607 272 8805
📲 WhatsApp: 6012 8818413
📩 Email: fnbcoor.trovejb@careluxuryhotels.com
Facebook pages posting : akusislin
IG posting : akusislin
TikTok posting : akusislin
P/S : Malam tadi hujan lebat betulkan, sejukk pagi ni, laparrrr ...
Rambang mata dibuatnya menu hotel ni. Semua nampak menyelerakan.
ReplyDeleteIyaaa, kalau makan bufet memang boleh juling mata pilih menu hehehehe
Delete