INFO TERKINI: Meeting point untuk acara ini adalah di Mercu Tanda 0 km Depan Pejabat Pos Besar JB. Then kita akan jalan beramai-ramai menuju ke tapak acara iaitu di Persada Johor International Convention Centre.
Ada macam-macam aktiviti menarik yang disediakan sepanjang hari tu! Ada pertandingan permainan tradisional, ada pertandingan pakaian tercantik, ada gambar keluarga terbaik, persembahan artis dan macam-macam lagilah!.
Bengkel kreatif dan persembahan budaya pun ada! Bab makan, korang jangan risau. Ada banyak vendor F&B yang best-best join event pada tahun ni tau!.
Untuk makluman semua, Keretapi Sarong Johor 2024 x Hab Hab Hooray akan berlangsung serentak dengan JB Car-Free Morning! Jadi korang kena take note kat mana nak parking.
Perhatian peserta #KeretapiSarong2024!.
Di atas sambutan yang amat menggalakkan untuk menaiki bas-bas khas di Pickup Point, bagi memastikan kelancaran acara pada pagi Sabtu, 14 September 2024 ini, mereka telah mengambil keputusan untuk menukar Pickup Point dari Dataran Bandaraya Johor Bahru dan TMIYC Johor Bahru ke Danga Bay Convention Centre.
Jadi, kepada 600 orang yang telah mendaftar untuk menaiki bas, korang datang pada jam 6:30 pagi di Danga Bay Convention Centre untuk pendaftaran! Bas-bas terakhir akan bergerak ke Meeting Point di mercu tanda 0 KM pada jam 7:30 pagi. Jangan lambat tau!.
Untuk ketahui lebih lanjut, korang boleh tengok di Facebook Johor Youth Hub : https://www.facebook.com/johoryouthhub
Pakai cantik-cantik tau! Mana tahu boleh menang hadiah.
Keretapi Sarong Johor 2024 x Hab Hab Hooray
📍Meeting Point : Mercu Tanda 0km Depan Pejabat Pos Besar JB
⏰ Time : 8 pagi, 14 September 2024 (Sabtu)
�🕒 8.30 pagi - 10.30 malam�
📍 Persada Johor International Convention Centre
Kredit info : @johoryouthhub @johordistro
P/S : Jumpa korang di sana!! .
Anak solehah ni join yang di KL tadi. Seronok katanya.
ردحذفMerihkan kat KL tu.. harap tahun depan pun ada lagi ...
حذفMesti meriah tu. Tengok story IG Khairul Aming kemain meriah semua berpakaian tema kain sarong.
ردحذفKannn, dengan tema klasik memasing, mengimbau masa lalu ...
حذفWaah menarik acaranya kak. Seandainya saya sedang di sana, dah nak datang juga, apalagi banyak stand makanan 😍😄
ردحذفYaa Fanny, di adakan setiap kali bulan kemerdekaan di Malaysia, tahun depan ayuhh join sama ...
حذف