MAKAN BURGER WOODFIRE DI MALAM HARI KEMERDEKAAN. Meriah kann sambutan hari Kemerdekaan di sana sini, begitu juga di Johor pada tahun ni. Tahun ni rata-rata banyak tempat yang mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ini, termasuklah di Puteri Harbour sempena Majestic Johor Festival (MFJ).
Sis tengok kawan-kawan update, memang meriah selama 5 hari MFJ tu berlangsung sampai ke ambang Merdeka dan semalam malam. Bagi korang yang pergi bawa family dan bersama kawan-kawan, tahniah Sis ucapkan, semangat kemerdekaan beginilah yang kita mahukan, tanpa ada kekecohan dan semua patuh pada arahan. Syabas buat semua penganjur dan pengunjung.
Brisket Burger, paling sedap gilerrr .. |
Cuti Merdeka baru ni, Sis habiskan masa bersama Suami keluar dari pagi sampai ke petang. Dan malamnya Yana ajak keluar makan burger Woodfire di Permas Jaya sebab Yana dah niat nak belanja Mak dan Ayahnya makan burger tu. Kebetulan anak bujang pun ada, so rezekilah dapat makan sama.
Next time nak try Mushroom Burger dia pulak |
Woodfire Permas Jaya ni antara cawangan baru di buka beberapa bulan lepas. Sebelum ni kalau nak makan burger Woodfire, kami ke cawangan Kota Masai aja, dekat, tapi sebab malam tu menantu (Suami Yana) on duty, so Sis pergi amik Yana, makanya kami ke Woofdire Permas Jaya, tak payah pusing-pusing jauh, dah dekat dengan rumah Yana.
Maklumlah hari cuti kan, sana sini jalanraya agak jem. Nasib baik masa kami sampai dalam kedai Woodfire tu, ada meja baru kosong, so rezekilah kami dapat duduk terus tanpa menunggu. Order guna scan code, then Yana tukang amik order.
Moga dimurahkan rezeki anak Mak sentiasa, aamiinn |
Blur juga nak makan burger apa sebab semuanya sedap-sedap dan boleh di katakan semuanya Sis dah cuba hahahaha.. Sebab Suami jarang cuba, so Sis rekemen Suami makan Burger Brisket dia, sedap gilerr okayyy.. Puashati makan burger besar gitu, padan laa dengan harganya kannn..
Sis tak berapa amik gambar laa, gambar depan kedai pun tak amik, sibuk layan mendukung Cucu. Lagipun makan family, so malas lerr nak beriyer amik gambar, up sini sekadar buat perkongsian. Korang kalau tak pernah cuba lagi makan burger Woodfire ni, bolehlah cuba yaa..
Banyak cawangan dia di Johor ni, korang pergi jer laa laman Facebook dia, mereka ada update..
Sunday - Tuesday 12pm - 10pm (Last order 9.30pm)
Friday 11.30am - 12.30pm & 2.30pm - 10.30pm (Last order 10pm)
Saturday 12pm - 10.30pm (Last order 10pm)
⚠️Prayer break : 7.15pm - 7.45pm
❌Monday Closed❌
P/S : Harini agak 'lemau' pulakkk laa otak, adeii, nak kena pekena manisan ni hohohoho ..
byk kali ajak Ian & Iris makan sini..masing2 x nak. so x try lagi pun
ReplyDeleteOoo ajak geng makan lain MA, kalau dekat boleh Lin temankan hehehehe
Deletewish list juga ni Lin, semoga satu hari nanti di rezekikanNya kak ana merasainya, aamiin sedap nau rupanya tu :)
ReplyDeleteYerr Kak Ana, ada rezeki nanti boleh singgah makan sini.. memang sedap betul ..
DeleteSA pun suka brisket burger tu Sis Lin...aduhai..kena repeat lagi ni..nasib kat Seremban ada
ReplyDeleteKann, puas rasa makannya kan SA .. Suami Sis pun teruja masa makan hahahaha
Deletesuka mkn beger woodfire sedap...mmg kenyang la sbb gemok
ReplyDeleteBetul, nak nganga masuk molot pun tak muat kan hahahaha
Delete