MAKAN BURGER WOODFIRE DI MALAM HARI KEMERDEKAAN

Sis Lin
8
MAKAN BURGER WOODFIRE DI MALAM HARI KEMERDEKAAN. Meriah kann sambutan hari Kemerdekaan di sana sini, begitu juga di Johor pada tahun ni. Tahun ni rata-rata banyak tempat yang mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ini, termasuklah di Puteri Harbour sempena Majestic Johor Festival (MFJ)

Sis tengok kawan-kawan update, memang meriah selama 5 hari MFJ tu berlangsung sampai ke ambang Merdeka dan semalam malam. Bagi korang yang pergi bawa family dan bersama kawan-kawan, tahniah Sis ucapkan, semangat kemerdekaan beginilah yang kita mahukan, tanpa ada kekecohan dan semua patuh pada arahan. Syabas buat semua penganjur dan pengunjung. 

Makan Burger Woodfire Di Malam Hari Kemerdekaan
Brisket Burger, paling sedap gilerrr ..

Sis macam biasalah tiap tahun memang takde nak keluar pergi sambut Merdeka, sejak dah berumur ni, dah malas nak bersesak dengan orang ramai dan bersorak-sorak, nak hadap jem lagi satu hal, memang ada kang jadi badmood Laki Bini dalam kereta hahahaha.. kalau dulu yerr, sekarang relax-relax sudah laa..

Cuti Merdeka baru ni, Sis habiskan masa bersama Suami keluar dari pagi sampai ke petang. Dan malamnya Yana ajak keluar makan burger Woodfire di Permas Jaya sebab Yana dah niat nak belanja Mak dan Ayahnya makan burger tu. Kebetulan anak bujang pun ada, so rezekilah dapat makan sama. 

Makan Burger Woodfire Di Malam Hari Kemerdekaan
Next time nak try Mushroom Burger dia pulak

Woodfire Permas Jaya ni antara cawangan baru di buka beberapa bulan lepas. Sebelum ni kalau nak makan burger Woodfire, kami ke cawangan Kota Masai aja, dekat, tapi sebab malam tu menantu (Suami Yana) on duty, so Sis pergi amik Yana, makanya kami ke Woofdire Permas Jaya, tak payah pusing-pusing jauh, dah dekat dengan rumah Yana. 

Maklumlah hari cuti kan, sana sini jalanraya agak jem. Nasib baik masa kami sampai dalam kedai Woodfire tu, ada meja baru kosong, so rezekilah kami dapat duduk terus tanpa menunggu. Order guna scan code, then Yana tukang amik order.

Makan Burger Woodfire Di Malam Hari Kemerdekaan
Moga dimurahkan rezeki anak Mak sentiasa, aamiinn

Blur juga nak makan burger apa sebab semuanya sedap-sedap dan boleh di katakan semuanya Sis dah cuba hahahaha.. Sebab Suami jarang cuba, so Sis rekemen Suami makan Burger Brisket dia, sedap gilerr okayyy.. Puashati makan burger besar gitu, padan laa dengan harganya kannn.. 

Sis tak berapa amik gambar laa, gambar depan kedai pun tak amik, sibuk layan mendukung Cucu. Lagipun makan family, so malas lerr nak beriyer amik gambar, up sini sekadar buat perkongsian. Korang kalau tak pernah cuba lagi makan burger Woodfire ni, bolehlah cuba yaa.. 

Banyak cawangan dia di Johor ni, korang pergi jer laa laman Facebook dia, mereka ada update.. 

Sunday - Tuesday 12pm - 10pm (Last order 9.30pm)
Friday 11.30am - 12.30pm & 2.30pm - 10.30pm (Last order 10pm)
Saturday 12pm - 10.30pm (Last order 10pm)
⚠️Prayer break : 7.15pm - 7.45pm
❌Monday Closed❌


P/S : Harini agak 'lemau' pulakkk laa otak, adeii, nak kena pekena manisan ni hohohoho .. 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. byk kali ajak Ian & Iris makan sini..masing2 x nak. so x try lagi pun

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo ajak geng makan lain MA, kalau dekat boleh Lin temankan hehehehe

      حذف
  2. wish list juga ni Lin, semoga satu hari nanti di rezekikanNya kak ana merasainya, aamiin sedap nau rupanya tu :)

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr Kak Ana, ada rezeki nanti boleh singgah makan sini.. memang sedap betul ..

      حذف
  3. SA pun suka brisket burger tu Sis Lin...aduhai..kena repeat lagi ni..nasib kat Seremban ada

    ردحذف
    الردود
    1. Kann, puas rasa makannya kan SA .. Suami Sis pun teruja masa makan hahahaha

      حذف
  4. suka mkn beger woodfire sedap...mmg kenyang la sbb gemok

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, nak nganga masuk molot pun tak muat kan hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!