MAKAN MALAM DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL MEWAH DENGAN PELBAGAI HIDANGAN BERTEMAKAN 'DISCOVER THIS WAY'. Siapa yang pernah datang makan malam bufet di Renaissance Johor Bahru Hotel ni, mesti tau laa apa yang Sis maksudkan 'mewah' tu kan. Hotelnya memang mewah laa sebab hotel lima bintang, tapi bab makan malam di Cafe BLD tu, jangan cakaplah, lebih dari 400 hidangan tersedia.
Dan untuk sepanjang bulan Ogos, September dan November ini, Cafe BLD di Renaissance Johor Bahru Hotel mengadakan bufet makan malam bertemakan Discover This Way yang menghidangkan pelbagai hidangan dan citarasa yang akan menjadi tumpuan dan kepuasan bagi sesiapa yang datang makan di sini.
Dan Sis berpeluang untuk menikmati makan malam itu di sini baru-baru ini. Dan untuk kali ini mereka juga menampilkan Chef terbaru mereka iaitu Chef Syafiffi yang mengetuai dan bertanggungjawab dalam setiap hidangan yang di tampilkan. Tapi kann, masa mula Sis nampak semua hidangan, belum makan pun dah tau akan kesedapannya, jujur Sis cakap, amazing betul kali ni punya konsep.
Tertelan-telan air liur masa amik gambar hahahaha.. sempat juga temubual Chefnya, dia kata konsep kali ni memang menampilkan kelainan, salah satunya ada station Shell Out dengan pilihan masakan. Juga ada BBQ Station, Carving Station, Middle East Station & juga Sweet Station.
Tapi station-station tu semua korang boleh nikmatinya pada setiap Jumaat dan Sabtu sahaja. Jika datang pada hari lain (Ahad hingga Khamis), station tu semua tiada, hanya bufet makanan menu seperti biasa, tapi tetap mewah dengan pelbagai citarasa. Sebab itu harganya juga ada beza.
Berbaloilah kalau korang datang makan sini, tak kisahlah datang pada hujung minggu atau hari biasa, menu yang di sediakan tetap sedap dan banyak pilihan. Sis berani cakap sedap sebab dah berkali-kali datang makan sini, bukan kata sebab media review tapi pernah juga datang walk-in berbuka puasa dengan family dan makan dengan kengkawan, rasa dan pilihan makanannya tetap sama seperti ketika Sis datang pada media preview.
Untuk tema kali ni Discover This Way, memang sangat teruja. Bayangkan dari dalam membawa ke luar sana, pelbagai pilihan makanan sampai tak tau nak makan apa, tapi paling memang jadi tumpuan tiap kali bufet makan malam di sini adalah Udang Galah Goreng dia, size udang dia besar gilerr okayy, makan sekor pun puas rasa, tapi rugilah kalau kau makan sekor hahahaha, mau-mau 4 atau 5 ekor, baru berbaloi-baloi kann..
Menu kegemaran Sis kalau makan sini tak lain Seafood On Ice dia, Oyster dia segar giler, juga hidangan-hidangan Shushi dan Shashiminya, pun best giler, banyak pilihan. Kalau menu-menu lauk pauk pun sama, masakan kampung juga tersedia. Masa Sis datang tu siap ada Daging Gulai Kawah, Daging Lemak Cili Api dan juga Paru Berlado, perghh nikmat sungguh makan malam Sis.
Untuk station Kuih-Muih dan Pencuci Mulut juga banyak terhidang. Dari Kuih Melayu hinggakan ke Bubur, aneka Kek, Roti, Puding, Kek Lapis Sarawak dan juga Ais Batu Campur pun ada. Memang tak terpilihlah nak makan apa. Pepandailah korang kasi ruang perut tu yaa..
So apalagi korang, jemputlah datang makan ya. Puashati & berbaloi-baloi.. Untuk lihat banyak lagi gambar menu-menu bufet makan malam Discover This Way ni, korang boleh ke facebook pages akusislin ni untuk cuci mata gambar makanan.
𝐃𝐈𝐒𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐘 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓
𝐀𝐔𝐆 • 𝐒𝐄𝐏𝐓 • 𝐎𝐂𝐓 🦞
Setiap Ahad hingga Khamis
Bermula jam 6:30pm - 10:00pm
Harga RM118nett Dewasa
Harga RM59nett Kanak-Kanak (6 - 12 tahun)
Setiap Jumaat DAN Sabtu
Bermula jam 6:30pm - 10:00pm
Harga RM188nett Dewasa
Harga RM94nett Kanak-Kanak (6 - 12 tahun)
Diskaun 35% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru.
Untuk tempahan & pertanyaan;
IG posting : IG akusislin
TikTok video : TT akusislin
Korang tengoklah video TikTok tu untuk lihat suasana makan malamnya okayy..
P/S : Tiberr terliur pulak Udang Galah tu yerrrkkk.. ermmmm
Ramainya makanan sesedap
ردحذفYerr Wak, sedap menyelerkan semuanya ..
حذفMata yang penat ni terbukak luas tengok segala juadah makanan yang sedap sangat ni.
ردحذفHahaha segar terus ekk nampak makanan hehehehe
حذفSedap betul!! Yg dekat BBQ Station pun sedappp sangat!!! 😍😍😍
ردحذفKannn, kali ni sangat amzing peresentationnya kannnn
حذف