Pemandu dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak yatim. Secara kesulurannya lebih dari 300 orang anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari kemerdekaan. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang menarik untuk mereka.
Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik. Agensi pengiklanan, Easy Pages merupakan satu syarikat yang bekerjasama dengan Maxim, untuk memastikan program menjadi lebih seronok.
Keterujaan dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan antara anak yatim dan pengurusan Maxim.
Bukan itu sahaja, malah wakil dari Maxim turut berkongsi ilmu tentang keselamatan jalan raya, mengajar tentang cara melintas jalan, mengenali papan tanda di jalan raya dan pelbagai lagi.
Maxim E-hailing turut menyertai Perarakan Merdeka 2024 dengan bendera Malaysia yang mereka perolehi secara percuma daripada pengurusan di Kuantan, Taiping, Tawau dan Sandakan. Ia menaikkan semangat kemerdekaan, pada masa yang sama mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk Maxim dan pemandu rakan kongsi.
Aktiviti ini telah menjadi tradisi untuk syarikat itu berguna untuk masyarakat dan mereka yang memerlukan.
P/S : Harini nak masak apa yerkkkk ... ermmmmm
alhamdulillah..prog yg bagus... gembirakan anak2 yatim
ReplyDeleteKannn MA, alhamdulilah ...
DeleteBagusnyaaaa ❤️👍👍. Semoga company Maxim ini pun semakin besar dan bertumbuh nantinya
ReplyDeleteYaaa Fanny, mudah-mudahan ...
Delete