ASAM PEDAS IKAN PARI UNTUK ANAK, SUP AYAM UNTUK CUCU. Harini ikutkan Sis ada 2 event kena hadir. Dan satu lagi temujanji nak jumpa kawan nak lepak dengannya borak-borak.. tapi bangun pagi tadi, entah laa rasa badan letih semacam, otak macam penat tiba nak fikir, so Sis terus wahtsapp dan email pada yang berkenaan, bagitau tak dapat hadir. Alhamdulilah Allah beri jalan dan mereka faham keadaan Sis
Itulah Sis ni jenis kalau rasa penat, Sis kena paksa diri rest, tak boleh nak redah aja semua, nanti yang sakitnya Sis, Sis taknak susahkan orang. Dan Sis malas nak terkejar-kejar ke sana ke sini dalam keadaan body mood Sis tak stabil ni. Maaf pada yang mengharapkan kedatangan Sis (eh ada ke?) hahahahaha ..
Berbalik pada tajuk, macam lama kan tak update cite masak-memasak dari dapur Sis. asyik sibuk dengan melayan Netflix aja, sampai nak bukak laptop pun malas. Tapi tak boleh laa terus malas, blog kena update, sebab blog ni 'jiwa' Sis. So posting petang ni nak cerita menu masak Asam Pedas Ikan Pari untuk Anak dan Sup Ayam untuk Cucu.
Sis masak ketika anak-anak juga menantu berkumpul sama di rumah. Kebetulan Kakaknya cuti lama dan Suaminya pula ada kerja di Johor. Bila semua anak-anak ada, apa sahaja menu permintaan anak, Si akan cuba masakkan, dan antara salah satu menunya Asam Pedas Ikan pari ni laa..
Ayahnya cuba carikan ikan pari di Penggerang, alhamdulilah rezeki anak-anak, dapat betul fresh baru turun dari laut. Suami beli 4 batang, dan Sis potong 4, dan Sis masak kesemuanya sekali. Nampak banyak tapi biarlah anak makan puas bertambah-tambah, alhamdulilah ..
Untuk Cucu, Sis masakkannya Sup Ayam. Masak 3 ketul untuknya, ehh boleh pulak masak sikit sedap ekkk, dah tak memasal kena rembat seketul dengan Uncle Mat dia hahahahaha.. nasib Khalish belum pandai lokek yaaa hahahaha..
Suka tengok anak-anak menantu semua makan bertambah-tambah. Suami pun sama, rasa puas memasak bila semua puji masakan Emaknya, cuma asam pedas kali ni kurang pedas, so anak-anak kata macam ada yang 'kurang' tapi rasa kekal sedap hehehehe.. macam-macam laa korang ekk..
Menu tambahan, Sis ada juga masak Sayur Bayam Goreng, Ulam-Ulaman, Telur Asin, Ikan Asin Tamban dan Telur Dadar. Ayahnya ada beli buah-buahan juga untuk anak dan cucunya..
P/S : Terima kasih Tuhan atas segala nikmat yang telah Engkau berikan, alhamdulilah ...
Semua nampak sedap! Bila anak2 berkumpul, auto rajin maknya memasak macam2 kan 😄
ردحذفBetul Karni, auto rajin ke dapur hahahaha
حذفJaman kecik2 dulu duduk tepi laut, ikan pari ni tak laku.
ردحذفSekarang terkezut harganya mahal ya amat
Waaa tepi laut aja ye Wak.. puas makan tu kalau pandai masak...
حذفAda sis, ada yang cari Dan menanti kedatanganmu! Ewahhhh!
ردحذفFuhhh, sedappp asham Pedash! Ha ah, saya pun suka Asam Pedas yang Pedasnya kuat sikit..asa org suka seimbang masam Dan Pedas, kan..kan..Apa pun, syukur dengan rezeki yang dimiliki.. Alhamdulillah!
Hahahaha elehh engko mana nak ingat Sis kannnn..
حذفAamiinn.. nanti datang rumah meh Sis masak-masak okayyy
Alhamdulillah..dua dua sedappp...fav MA tu asam pedas pari. ❤️
ردحذفAlhamdulilah, masakan paling di gemari semua orang..
حذفaduh sis sedapnya ikan pari tu. terus rasa lapar tengok pagi2 ni. hihih
ردحذفAsam Pedas Pari memang sedap, makan cecah lempeng pun sedap kannnn
حذفsedap dua-dua menu kak... dah lama tak makan asam pedas ikan pari ni
ردحذفYerr rumah ni, dalam seminggu memang mencari laa asam pedas, lagi ikan pari ni haaa
حذفTerliur saya lihat asam pedas tuh kak 🤤🤤🤤🤤. Nampak memang nikmat sangat. Saya jadi ingat mama. Tiap kami mudik ke Medan, pasti mama langsung masak semua masakan kesukaan kami semua. ❤️
ردحذفKalau ke Johor marilah singgah ke rumah Fanny, Sis bisa masakkan kamu asam pedas..
حذف