AYAM BRAND MENERUSKAN KOMITMEN MALAYSIA LEBIH SIHAT MENERUSI PENGANJURAN KEMPEN KOMUNITI PENYAYANG TAHUNAN KE-17

Sis Lin
3
AYAM BRAND MENERUSKAN KOMITMEN MALAYSIA LEBIH SIHAT MENERUSI PENGANJURAN KEMPEN KOMUNITI PENYAYANG TAHUNAN KE-17. Kempen tahun ini memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan kecergasan fizikal. 

Ayam Brand™, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggidan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008.

Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.

Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas.

Di negeri Johor, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 199 kanak-kanak daripada 4 NGO dengan menyediakan mereka 35,280 hidangan berkhasiat yang juga enak. 

Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar-pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif.

Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan 1 Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3.

Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Laporan berita baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak kanak di sekolah mengalami masalah lebihan berat badan atau obes.

Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka.

Di Johor, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor Bahru, Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak Yatim Shafar, Pertubuhan Kebajikan Puspanesam dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (RUMAH BARKAT).


P/S : Dengar khabar KL banjir ya.. moga dipermudahkan segala urusan mereka, aamiinn ..

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ayam Brand pilihan dari dulu , kini dan selamanya

    ReplyDelete
  2. Alalaa comelnya chef2 cilik ni. Memang suka beli produk Ayam Brand.

    ReplyDelete
  3. Kalau beli sardin mesti cari ayam brand

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!