BUAT DIRI SENDIRI BAHAGIA

Sis Lin
1
BUAT DIRI SENDIRI BAHAGIA. Kadang penat pujuk diri sendiri. Nak buat macamana, kita yang pilih untuk sakit. Terima je lah. Kita sudah berusaha untuk memberikan yang terbaik semampu kita. Menjadi seorang yang penyabar sesabar-sabarnya. 

Berfikiran positif tentang semua yang sebenarnya membuat kita resah. Namun, hasil yang kita perjuangkan selama ini yang kita dapat hingga kini adalah lelah-selelahnya.

Bila kita terlalu memaksa diri kita untuk faham keadaan orang, perasaan kita pula yang terkorban. Orang lain tak pernah tahu sakitnya pujuk diri sendiri bila hati penat nak pertahankan. 

Buat Diri Sendiri Bahagia

Kadang-kadang kita tersenyum bukan bererti kita sedang bahagia, itulah cara terbaik untuk menyembunyikan hati yang sedang terluka. Senyum itu seperti handyplast, mampu menutupi luka tapi tetap sakit. 

Hati terseksa dalam diam, beberapa ketika sengaja membiarkan.

Apa-apa pun kita fikir orang lain dulu. Pendek kata untuk diri sendiri takde pun takpe. Kadang-kadang kita cuba untuk lap airmata yang mengalir di pipi orang lain. Pabila dah nampak senyuman orang itu, kita masuk dalam bilik dan menangis dalam gelap. 

Rupanya diam-diam hati sendiri makan dalam. Dalam diam hati sendiri melukai diri. Kadang-kadang kita selalu dipihak yang mengalah hanya kerana nak jaga hati dan perasaan orang lain. But at the end, tetap juga kita nampak kita ni jahat.

Apabila kesedihan dan kekecewaan ini datang menyapa, berilah ruang dan waktu untuk diri kita berehat sekejap, muhasabah diri kita. Renungkan kehidupan kita selama ini. Mana yang tidak elok, kita cuba perbetulkan. 

Buatlah apa yang kita mahu untuk membahagiakan orang, tapi jangan berlaku tidak adil pada diri sendiri. 

Buat Diri Sendiri Bahagia

Hidup bukan untuk puaskan semua orang. Jangan lupa bahagiakan diri kita sendiri juga. Diri kita berharga. Aturkan langkah di bumi ini dengan rapi dan kemas. Langkah itu bertunjangkan satu matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan ALLAH.
 
Di saat kesedihan, cubalah pujuk hati, ucapkanlah “Ya ALLAH, hamba terima semua yang berlaku ini untuk mendapatkan keredhaanMu, kuatkanlah hamba untuk menghadapi semua ini.” 

Cara termudah untuk mendapatkan kebahagiaan adalah dengan mencintai diri sendiri, kalau kita ingin bahagia, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Berhentilah mencuba menjadi sempurna di mata orang lain. 

Bila sedih doa. Bila sempit doa. Bila frust doa. 

Hidup dengan doa, nescaya makin dekat dengan ALLAH. Maka, semakin dekatlah dengan Pemilik dan Pencipta kebahagian.

Copy paste dari whatsapp group 📝 .. 


P/S : Now hidup tenang-tenang aja. Lantak kau lah .. 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!