BUKAN PERCAYA TAPI TERPEDAYA!. Siapa kenal Sis dari dulu memang tau laaa Sis orangnya suka pakai aksesori silver/emas putih berbanding pakai emas. Dari zaman sekolah memang suka beli dan pakai silver. Bila munculnya Pandora, bertambah lagi kegilaan Sis.
Boleh di katakan banyak juga dah koleksi cincin Pandora dan gelang yang Sis ada, cuma tengah nak menabung nak beli rantai Pandora dia pulak. Emas tu Sis ada beli dan pakai, tapi pada masa tertentu sahaja, lebih suka silver pakai basahan.
Dan ada satu hari tu, Sis ke Holiday Plaza, macam biasalah buat manicure & pedicure di sana. Then masuk satu kedai ni yang menjual aksesori Silver. Masuk aja kedai, tiba aunty tu teruja tengok gelang dan cincin Pandora Sis pakai.
Dia pun tegur, ‘Kakak, you banyak pandai pilih, ngam dengan you punya aura’. Aitt dia pun tau ekkk ‘aura’. Pastu dia kata, orang Cina pakai bukan sembarang pakai, pakai ada benda ngam baru pakai, kalau tidak, badan sakit! Erkkkk ..
Sis ni terpinga-pinga. Apa kaitan silver dengan sakit haa? Then dia explain laa bla bla bla, Sis iyekan aja sambil belek cincin-cincin silver dia.
Koleksi cincin silver yang ke -12 |
Pastu Sis terpegang satu cincin ni (dalam ganbar), tapi size kecil, ngam muat kat jari kelengking kanan Sis. Tiba aunty tu terus tepuk tangan, weyyy dah kenapa plak dalam hati ni! Hahahahaha ..
Rupanya dia cakap, kalau orang tau pakai cincin jari kelengking, orang cina kata bagus untuk protect diri dari kawan backstep (sambil dia tunjuk tangan macam nak tikan orang dari belakang). Sis cuba fahamkan, ooo rupanya dia kata kawan makan kawan, gitu! Hahahahaa ..
Adoiilah aunty oi, Sis ni beli apa-apa aksesori tak pernah fikir apa dan faedahnya pakai, nampak lawa aku beli, asalkan murah dan berbaloi. Kena beli kat aunty ni macam-macam pulak dia cakap hahahahaa ..
Tapi satu je yang Sis memang tau, kalau kita tengah sakit, then ada pakai silver, warna silver tu akan kusam, kesan dari peluh toksik dari badan, tu Sis tau. Sebab itu pakai silver jangan campur dengan emas. Pakai sebelah lain sebelah lain tangan takpe, tapi jangan di tindihkan.
Dan last-last aku terbeli juga cincin tu. Bukan percaya tapi terpedaya hahahahahaa ..
P/S : Teringin beli Tomei, nanti laaaa.. tunggu cash-out duit adsense next month ❤️ ..
Salam sis, macam saya dulu2 mmg tak suka barang kemas atau apa2 aksesorri..rimas. sampai la arwah mak cakap..kita ni orang perempuan kena ada something utk di pakai..samada gelang, cincin atau rantai..tak kira la emas, silver, kayu etc..supaya orang lain tengok nampak manisss jer....
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. betul, perempuan macm mana pun kena ada emas sebagai perhiasan, now dah boleh di jadikan pelaburan akan datang.. makin lama makin mahal. Cuma Sis lebih suka pakai silver..
DeleteSaya pulak sejenis tak suka pakai aksesori. Senang hidup Jun tak payah nak beli barang kemas, handbag mahal bagai 😆
ReplyDeleteTapi kalau orang hadiahkan kita pakai je hehe 😜
Waa ini lagi senang kann.. kadang simple tu pun dah manis Karni ..
DeleteMA pun x minat pakai emas.. silver byk la and MA suka tukar2 gelang or cincin mcm tu...
ReplyDeletePakai emas ada masa dan tempatnya aja kan MA .. baahan lebih selesa pakai silver..
Delete