HAPPY DEEPAVALI 2024. Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan yang menyambut perayaan ini! Deepavali adalah masa yang penuh dengan cahaya, kehangatan, dan kegembiraan, menyatukan kita dalam semangat muhibah.
Perayaan ini bukan sahaja memberi makna kemenangan cahaya ke atas kegelapan, tetapi juga lambang kebahagiaan dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Di hari yang istimewa ini, marilah kita menghayati nilai kesederhanaan, kesyukuran, dan persaudaraan. Semoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan anda sekeluarga dengan penuh kasih sayang, kejayaan, dan kesejahteraan.
Kepada yang jauh atau dekat, Deepavali ini adalah masa yang indah untuk mempereratkan silaturahim, berkongsi kegembiraan, serta menyebarkan kasih dan kepedulian kepada semua.
Marilah kita semua bersama-sama menyambut Deepavali dengan hati yang terbuka, menyebarkan semangat perpaduan yang indah di negara kita yang berbilang kaum. Semoga Deepavali kali ini membawa ketenangan, kegembiraan, dan rahmat yang berpanjangan.
Akhir kata, Sis ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya, semoga berkat cahaya Deepavali menerangi hari-hari mendatang dengan keberkatan, keamanan, dan kebahagiaan. Deepavali Valthukal!.
P/S : Stanbylah malam ni jiran depan rumah bakar mercun!.
Saya baru faham tentang makna hari Deepavali ini lewat tulisan Mbak.
ردحذفTerima kasih dengan informasinya.
Di negara saya tidak dikenal hari Deepavali ini Mbak.
Selamat merayakan hari Deepavali bagi sahabat yang merayakannya.
Salam,
Sama-sama kasih, moga bermanfaat juga ilmu infonya TA ..
حذفSaya baru tahu Deepavali saat kuliah di Penang . Krn di sana jadi libur umum kan. Sementara di Indonesia memang tidak dirayakan dan tidak dijadikan libur umum.
ردحذفNtahlah kenapa. Apa Krn penganut Hindu tidak banyak di sini.
Yaa betul Fanny, sama cuti umum idulfitri dan iduladha juga perayaan lainnya juga..
حذف