JIKA ISTERI KEMATIAN SUAMI

Sis Lin
2
JIKA ISTERI KEMATIAN SUAMI. FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan 10 hari. 

Perempuan yang kematian suami hendaklah menjalani tempoh edah empat bulan 10 hari. Ayat berkenaan menjelaskan kewajipan itu termaktub kepada perempuan tua atau muda, telah disetubuhi atau belum disetubuhi oleh suaminya. Jika isteri itu mengandung, maka edahnya menurut jumhur ulama ialah setelah melahirkan kandungannya, sekalipun satu saat selepas kematian suaminya.

Kemudian apabila telah habis masa edahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak). Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah, ayat 234)

Jika Isteri Kematian Suami

Perempuan yang kematian suami, selain memastikan rahimnya kosong daripada benih suami, edah juga adalah tempoh ihdad (berkabung) kerana kepergian suami untuk selama-lamanya. Ini sebagai tanda menjaga hak suami dan menyatakan kesetiaan isteri kepada suaminya.

Hikmah edah juga untuk menunjukkan perkahwinan tidak sempurna tanpa pemantapan jiwa suami isteri bagi mengukuhkan ikatan perkahwinan. Jika berlaku sesuatu yang membawa kepada terlerainya ikatan perkahwinan, maka hendaklah diberi masa secukupnya supaya tidak berat untuk menghadapi situasi itu.

1) Bermula hari pertama suaminya meninggal dunia, isteri wajib menjalani waktu eddah selama 4bulan 10hari...jika dia hamil.. Sehingga anak dalam kandungannya lahir.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَٱلَّذِينَ يُتَوَفَّوۡنَ مِنكُمۡ وَيَذَرُونَ أَزۡوَٰجٗا يَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرۡبَعَةَ أَشۡهُرٖ وَعَشۡرٗاۖ
Maksudnya: Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. ~Al-Baqarah: 234~

 

2) Isteri tidak boleh keluar rumah walaupun mengiringi jenazah suaminya ke tanah perkuburan. Cukuplah sekadar dia melihat, memandikan, dan solat jenazah suaminya di rumah.

3) Selama tempoh eddah 4bulan 10 hari itu, hidup isteri hanyalah di rumah suaminya. Tidak boleh keluar rumah walaupun untuk menziarahi kubur suaminya. Hanya waktu-waktu tertentu darurat sahaja dia boleh keluar rumah atau dia sakit dan memerlukan rawatan hospital atau bekerja atau rumah terbakor.

Kalau untuk mendapatkan makanan asas sahaja boleh jer order, sekarang call beli on9 je, sampai rumah bayor COD ajer. Takpun anak-anaklah yang belikan. Lagipun Maknya aje yang eddah, anak-anak tak. Kalaulah dah takde siapa-siapa boleh bantu, keluarlah sendiri. Rumah ke kedai sahaja. Jangan merayau-rayau! No vacation, no shopping theraphy atau nak cari kawan-kawan pun is cannot, okey! Panggil aja kawan-kawan datang ke rumah. 

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Furay’ah binti Malik bin Sinan yang mana telah bertemu Nabi SAW bertanyakan adakah boleh bagi dirinya untuk pulang ke pangkuan ahli keluarganya, Bani Khudrah kerana telah kematian suaminya. Lalu jawab Baginda SAW:

امْكُثِي فِي بَيْتِكِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ
Maksudnya: Tetaplah kamu di rumahmu sehingga sampai apa yang telah ditetapkan. ~Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi~


 

4) Isteri tidak boleh mencampuri urusan masyarakat, nak join meeting persatuan ke, nak attend kenduri kawin ke, nak kongsi cerita dapat harta wasiat dengan jiran sebelah ke, emua tu tak boleh. Duduk aja rumah diam-diam. Mengaji atau belajar agama secara online.

5) Isteri tidak boleh berhias, pakai baju lawa-lawa, pakai barang kemas, pakai make-up dan berwangi-wangian, nak tutorial make-up suka-suka pun tak boleh. Ni namanya ihdad. Ihdad tu istilah untuk berkabung. Tapi janganlah sampai tak mandi dan tak bersikat rambut pulak. Langsung jadi Hantu Kak Limah. 

6) Isteri tak boleh terima pinangan lelaki lain, walaupun tu boipren lama masa sekolah. Ehh.. Mane tau kan?? Tapi kalau nak jugak, tunggulah tempoh 4 bulan 10 hari tuu... Alaa... Bukan lame pon... Kan? Itupon, kalau tak pregnant laaaa.. 

7) Kalau nak gi haji, suami pulak meninggal dunia sebelum keberangkatan, maka batallah niat haji itu, dan beriddahlah sampai habis tempoh. Tapi, kalau tengah-tengah buat haji suami pon meninggal, maka teruskanlah sampai habis sebab tempoh haji itu terhad dan tertentu  dan ia adalah darurat. Maka selesai sahaja mengerjakan haji, pulanglah ke rumah suami dan beriddahlah sehingga tempohnya. Selalu kalau jadi gini Lembaga Tabung Haji akan segerakan urusan isteri yang kewafatan suami.

8) Kalau sedang umrah? Pulanglah isteri-isteri ni segera ke rumah suaminya ber-iddah dan ber-ihdad. Walaupun umrah belum selesai. Sebab umrah ni boleh buat bila-bila..

Jika Isteri Kematian Suami

"Ustazah, suami ade eddah kematian tak?"
"Takde kak.... Hari ini akak meninggal, esok dia dah boleh nikah lain kak..."
"Ehh..tak aci lah macam tu..."
"Alaa kak... Ko bior jelah dia kawen lain, masa tu ko dah tak pikir kat dia kak... Ko tengah sibuk nak baling dadu bagi jawapan kat Mungkar Nangkir, ready ke idok??"
"........."

Hukum eddah ni bukan benda lawak. Bukan boleh buat ringan-ringan. Hari ini, ramai yang tak tahu. Main lentung, main langgar jer. Banyak sangat tengok drama kan? Jadi, aku share sikit pasal kewajiban eddah dan ihdad ni. Banyak  lagi nak issue sebenarnya. So, galilah ilmu dari orang yang mahir dengan ilmunya dan wara'. Ilmu Allah ni Maha Luas. Jika mahu Insyaallah, Allah permudahkan. Wallahhua'lam.. 

#FiqhJenazah
#KursusPengurusanJenaza
Kredit @Masjid Al-Hidayah, Taman Angsamas, Mambau


P/S : Harini rasa letihnyaaa sangat.. tapi kena siapkan draft .. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ternyata tak boleh even datang ke pemakaman suami yaa. Krn saya pernah lihat di mana istri yg kehilangan suami, ikut datang ke pemakaman :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh Fanny, ramai yang tidak tau, sama juga jatuhnya pada isteri kedua ketiga dan keempat, tidak boleh keluar juga setelah kematian suami, itu yang Sis faham laa..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!