JIWA MASIH TERTINGGAL DI BROMO!

Sis Lin
12
JIWA MASIH TERTINGGAL DI BROMO!. Dah 3 hari balik bercuti dari Surabaya - Bromo, tapi jiwa masih lagi tertinggal di sana. Syukur alhamdulilah memang tak sangka aku akan menjejakkan kaki di Gunung Bromo tu. Selalu tengok orang jer pergi dan share gambar, ini kali aku saksikan sendiri!. 

Keindahan matahari naik dari kaki gunung Bromo sangat menakjubkan dan juga Keindahan alam semulajadi ciptaanNya sangat mengujakan mata yang menyaksikan. Susah nak di gambarkan dengan kata-kata. 

Trip kali ni Sis pergi dengan Geng-Geng Setaman jiran Bukit Indah Sis dulu. Dan faktor usia masing-masing dah macam Mak Sis. Paling tua usia 64tahun. Tapi tetap gagah perkasa okkay!. 

Jiwa Masih Tertinggal Di Bromo
Beratus gambar yang ada, gambar ini paling aku suka!

Mak-Mak dan Nenek-Nenek trip kali ni. Paling muda umur 45tahun dan paling tua 64tahun. Syukurlah Allah beri kami semua kesihatan yang baik sepanjang menjelajah bumi Bromo dan juga bandar Surabaya. 

Perjalanan ke satu tempat ke satu tempat memang menguji ketahan mental dan fizikal. Kena banyak sabar, tenang dan positif dalam apa jua keadaan. Kami 12 orang, so memang pelbagai ragam dan karenah yang akan kita hadap, so tenang-tenang aja. 

Jiwa Masih Tertinggal Di Bromo
Geng Mak-Mak Nenek-Nenek! Next trip tak sabarnya!

Tapi semuanya sporting! Takde apa yang membuat perangai dan ragam juga masaalah. Kalau bebel-bebel tu biasa, maklumlah Nenek-Nenek kan, so memang ‘slow’ laa sikit nak kejar masa. Tapi still boleh handle. 

Nantilah Sis akan update dan bercerita mengenai percutian Sia di Bromo ni. Memang best dan happy gilerr!!! Alhamdulilah. Terima kasih juga buat Suami yang memberi izin Isterinya ni keluar bercuti bersama kawan-kawan. Love you sayang ❤️ .. 


P/S : Tengok gallery phone memang muntah hijo dengan gambar-gambar dan video. 

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nenek-nenek pun kena happy- happy hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Amie, lagi tua lagi kena bahagiakan diri sendiri ...

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahaha belum move-on lagi ni Kak hahahaha

      Delete
  3. tolong post cepat sikit cerita kat sana..hahah tak sabo nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu cari ayat dan pilih gambar, mutah hijau tengok gambar hahahaha

      Delete
  4. Nenek-nenek pun nak kena healing jugak... Ingat orang muda2 je ke... Hehe... Mesti best trip dan happy kan layan kerenah nenek2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Leya, tak semstinya dah Nenek kena duduk rumah, lagi sihat kita enjoyyyyy

      Delete
  5. Ditungguuuu semua ceritanya kak lin 😍😍😄. Jangan lama2 hahahahah . Seruuuu lihat stories kakak selama di sanaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa Fanny, nanti Sis update di sini serba ringkas buat kenangan.. nak tulis semua details banyak dah lupa hahahahah

      Delete
  6. Memang Bromo tak terlupakan ya Mbak. Asik juga berkendara naik toyota hard top disana.
    Foto yang diatas toyota hard top nya keren Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bromo best TA, sangat happy di sana, sejukk, cuma di Surabaya agak panas kemarau.. Gambar itu Pak Supir pandai amik gambarnya jadi bagus kannn

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!