Anugerah ini mengukuhkan lagi reputasi kedai emas Syamsul sebagai peneraju inovasi dalam industri emas tempatan. Pencapaian ini mencerminkan komitmen Kedai Emas Syamsul untuk memperkenalkan produk yang unik dan berkualiti tinggi kepada pelanggan.
Bagi kategori Lightest Commercial Gold Bar, Kedai Emas Syamsul memperkenalkan jongkong emas yang direka khas dengan berat yang paling ringan 0.0001gm dalam pasaran komersial, menjadikannya simbol ketelitian dan kecemerlangan dalam seni pembuatan emas.
Reka bentuknya yang eksklusif dan kemasan yang kemas memberikan nilai estetik yang tinggi, selain menambah pilihan kepada pelanggan yang menginginkan variasi dalam produk emas.
Reka bentuknya yang eksklusif dan kemasan yang kemas memberikan nilai estetik yang tinggi, selain menambah pilihan kepada pelanggan yang menginginkan variasi dalam produk emas.
Selain itu, Kedai Emas Syamsul turut mendapat pengiktirafan dalam kategori Smallest Miniature Gold Jewellery Set dengan memperkenalkan set barang kemas mini yang sangat kecil tetapi masih memaparkan rekaan yang halus dan terperinci.
Set miniatur ini merangkumi elemen perhiasan seperti cincin, rantai, dan gelang, yang direka dengan kepakaran tinggi serta teknologi canggih. Keunikan set ini menjadikannya koleksi istimewa yang disukai oleh peminat emas dan perhiasan, mencerminkan seni pembuatan emas yang teliti dan inovatif.
Penerimaan dua anugerah ini dari Malaysia Book of Records menjadi bukti bahawa Kedai Emas Syamsul berupaya membawa kelainan dalam industri emas di Malaysia.
Anugerah ini bukan sahaja meningkatkan imej kedai tetapi juga memperkukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama bagi pelanggan yang mencari produk emas berkualiti tinggi dan unik.
Kedai Emas Syamsul juga telah melancarkan satu koleksi istimewa, iaitu Gold Bar Limited Edition Fattah Amin, yang mendapat sambutan hangat daripada peminat emas dan penyokong pelakon terkenal ini.
Koleksi ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat Fattah Amin, yang merupakan ikon terkenal dalam industri hiburan Malaysia, dan sebagai usaha Kedai Emas Syamsul untuk memperkenalkan produk eksklusif yang menggabungkan elemen seni dan selebriti dalam perhiasan emas.
Gold bar edisi terhad ini menampilkan potret dan tanda tangan Fattah Amin yang terukir dengan teliti, menjadikannya satu koleksi unik dan berharga untuk dimiliki. Produk ini dibuat dengan ketelitian dan kepakaran yang tinggi, menggunakan emas berkualiti premium bagi memastikan setiap butiran dihasilkan dengan sempurna.
Gold Bar Limited Edition Fattah Amin bukan sahaja memenuhi cita rasa peminat selebriti, tetapi juga menawarkan nilai pelaburan kepada pemiliknya, menjadikannya bukan sekadar perhiasan tetapi juga aset yang bernilai pada masa akan datang.
Kedai Emas Syamsul memastikan bahawa edisi terhad ini hanya tersedia dalam kuantiti yang terhad, menambahkan lagi nilai eksklusiviti bagi koleksi tersebut. Pembeli bukan sahaja memiliki sekeping emas berprestij, tetapi juga kenangan dan penghormatan kepada Fattah Amin sebagai ikon budaya popular di Malaysia.
Edisi khas ini telah berjaya menarik perhatian ramai, terutama mereka yang menghargai perhiasan emas yang bukan sahaja indah tetapi juga penuh makna.
Edisi khas ini telah berjaya menarik perhatian ramai, terutama mereka yang menghargai perhiasan emas yang bukan sahaja indah tetapi juga penuh makna.
Koleksi ini menonjolkan inovasi Kedai Emas Syamsul dalam memenuhi kehendak pasaran moden dengan produk yang menggabungkan seni pembuatan emas tradisional dan elemen terkini.
Gold bar Fattah Amin edisi terhad ini membuktikan bahawa Kedai Emas Syamsul berupaya menghasilkan produk yang bertepatan dengan selera pelanggan dan trend semasa, sambil mengekalkan kualiti dan ketulenan emas mereka.
So korang jangan lupa singgah untuk dapatkan koleksi Gold Bar Fattah Amin di Kedai Emas Syamsul okayy!.
Kedai Emas Syamsul
No1 ,Jalan Padi Emas 1/4
UDA Business Centre
81200 Johor Bahru
“Emas Syamsul, Masyhur Sepanjang Zaman”
P/S : Debor dada kali pertama bertentang mata dengan Fattah hahahahaa 🤪 ..
Baru tahu ada kedai emas Syamsul ni.
ReplyDeleteLaa ye ke Kak? Lin selalu dengar dalam radio BestFM iklan dia, kalau tak memanmg tak tau juga hehehe
DeleteSaya rutin beli gold bar, tp tak ada yg keciiiil sangat macam tuh, 0.0001 gr 😱😱😱😱. Saya malah takut hilang kalo sekecil ini 😅😅. Memang cocok buat kolektor lah yaa
ReplyDeleteIyaa sebab itu masuk Malaysia Book of Records sebab paling kecil di Malaysia hehehehe
Delete