LUPA ADA BLOG!

Sis Lin
2
LUPA ADA BLOG! Boleh ek gitu? Dia punya malas berjangkit-jangkit sampai dah masuk Oktober pun still malas nak bukak dan update blog. Entahlah betul-betul rasa malas dan bosan nak hadap blog, faktor usia barangkali. 

Tapi terlalu banyak nak di kongsikan di sini. Mesti ada ‘orang tu’ keluar masuk sini nak baca kisah aku kan? Hahahaha .. jaga-jaga Cik Salmah, ada yang memandang. Tapi ada aku kesah!. 

Jiran Cafe

Kisah September terlalu banyak nak di ceritakan. Terlalu banyak aktiviti yang meninggalkan kenangan manis yang terlalu manis untuk di ungkapkan. Kenangan bersama kengkawan dan keluarga begitu mengamit seluruh rasa di dalam jiwa, ececece … 

Sebab itulah Sis jarang nak bukak laptop dan hadap keyboard dan skrin. Banyak Sis habiskan masa dengan diri sendiri dan family. Lagipun kelas Ngaji dan Fardhu Ain Sis aja dah padat dalam seminggu, so agak susah nak cuti masa nak duduk lelama depan laptop. 

Pagi keluar Briskwalk, terus bersiap untuk kelas. Habis kelas, dah ke dapur memasak, kemudian Sis berehat (tidur) dan banyak habiskan masa membaca dan menonton Netflix. Lebih rasa tenang tanpa fikir apa nak tulis dalam blog. Banyak event semua Sis tolak. 

Nasib baik juga adsense still okay walau pageviews kejap naik kejap turun, janji sehari tu lepas laa 2USD, pun dah bersyukur. Jadilah buat cash-out nanti duit jajan kita. 

Kisah Penyondol

Thanks laa pada kengkawan yang bertanya khabar kita, Sis sihat dan baik-baik aja, cuma untuk menulis di sini aja lah Sis sedang dalam fasa kemalasan. Bukan blog aja, FB dan IG juga. Kalau Twitter dan Threads tengah slow down kejap, sebab tak habis-habis cerita kisah ‘penyondol’ malas aku nak baca!. 

Makin menjadi-jadi kes sondol Laki orang ekkk.. tak malu ke ekk?? Tak kira laa kalau lepas sondol ko kawin sah sekalipun, tapi masaalahnya kenapa mesti LAKI ORANG?!. Aku doakan, orang yang sondol Laki orang ni, kifarahnya berbalik pada keturunan dia.. memasing akan atau ada anak kan? So beringat-ingatlah .. 

Curang itu pilihan, dah tau Laki orang kan boleh elak sebelum terjerat.. tak faham aku!. 


P/S : Moga yang di uji terus kuat dan tanah menghadapi ujian hidup berumahtangga, aamiinn .. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Fuh, kagum betul dgn performance adsense blog sislin sebab sehari boleh dapat 2USD. Kita nak dapat 20 sen pun merangkak2 😂

    ReplyDelete
  2. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Take care sis.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!