MAKAN ROTI NAN TANDORI DI PASAR BORONG PANDAN. Sejak-sejak akhir ni rajin pulak ke Pasar Borong Pandan ni haa, bukan beli ikan tapi pi makan Capati atau roti canainya.
Korang sedia maklumlah bagi mereka yang lihat jika lalu depan area Pandan tu, bangunan lama Pasaraya Hwa Tai tu dah roboh, SKS amik alih buat projek baru mereka, tak tau laa bangunan apa yang tengah naik tu haa.
So kedai-kedai meniaga dan kedai makan tu semua dipindahkan ke area tepi jalan tempat parking tu haa. So kalau korang nak mencari kedai-kedai baju dan kedai makan lama tu, kenalah masuk ke dalam sikit area sebelah kiri sebelah bangunan Pasar Borong tu.
Kesian juga tengok peniaga semua, dah sendu ajerr tempatnya. Cuma selesa laa nak membeli sebab dalam kawasan lapang tepi jalan dan tidak bersesak dalam khemah macam dulu tu. Cuma barang niaga dah terhad.
Sis dan Suami rajin ke sana semata nak makan Capati atau roti canai Kimah mereka, sedap! Dan semalam Sis keluar dengan Kak Zizi, pun sama singgah kedai Mamak tu makan Roti Nan Tandori Kimah dan Kak Zizi makan Puri Kimah.
Sedap Kimahnya, cecah makan dengan roti Nan tu perghhh, cuma ayam tandorinya aja Sis tak puashati, nampak kering kejung, macam ayam semalam punya aja di panaskannya. Belek-belek gak takut ke ada ulat ke kann, uiii seramm..
Nasib rasa tu ada, dan panas. Kalau takk memang Sis komplen sesiap hahahaa ..
Lepas makan meronda laa kami di situ. Bila dah meronda, habis juga rm100 hengget membeli seluar dan baju weyy. Adeiiii saka ikut plakk ke sana. Hahahahaha ..
Tapi sebab memang esok nak travel kann, so bila berkenan baju tu, beli je laa. Yang penting, lawa dan size ngam! Arghhh suka!!. Berdebo dah rasa ni nak naik flight esok. Macam lama tak travel dengan kengkawan naik fligh ke oversea. Fuhhhh moga Allah permudahkan semuanya..
P/S : Tiba rasa macam nak selsema adoiii janganlah buat hal!.
dah lama tak pergi area sana... dulu dulu adalah sekali dua pergi masa kerja kat johor jaya...
ردحذفYaa dah lain dah Yan, boleh sesat kalau datang sana hahahaha
حذفsedapnya roti nan...yum yum
ردحذفwah..nak ke mana la tu? happy holiday, safe flight semua..have fun!!!
Sesekali boleh, kalau selalu mau berat naikk cepat hahaha
حذفBahagia ea muka kak zizi dapat makan. kikikiki.... happy holiday sis
ردحذفKannn, suka dia jumpa geng Pakistan dia hahahahaha
حذفMasa awal2 couple dan bertunang dengan suami, SA dah pi sini jugak..masa tu meriah...
ردحذفSekarang dah kurang meriah SA sejak semua bangunan depan tu di robohkan, satu hari nanti tak tau laa kalau dah kembali meriah ...
حذفAyam tandoori nih saya love hate relationship 🤣. Kadang suka, kalo ketemu yg juicy dan sedap. Tapi kalo dah disajikan kering, jangan harap nak makan 😄😅
ردحذفBetul Fanny, kadang kering terus tak sedap namanya Tandori hahahaha
حذف