PEMBUKAAN CAWANGAN BARU BUTIK JAMILAH DI UDA BUSINESS CENTRE (UBC) JOHOR

Sis Lin
0
PEMBUKAAN CAWANGAN BARU BUTIK JAMILAH DI UDA BUSINESS CENTRE (UBC) JOHOR. Tahniah buat Butik Jamilah atas pembukaan cawangan barunya di UDA Business Centre (UBC) pada 11 Oktober baru ni. Sempat juga Sis ke singgah di hari pertama pembukaannya dan survey-survey baju di butiknya. 

Sis mula kenal Butik Jamilah ni lama dulu. Tiap kali raya memang mencari baju raya atau apa-apa majlis di butiknya laa. Memang tiap tahun bulan Ramadan akan ke Butik Kacax dan Butik Jamilah ni. 

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Butik Jamilah, yang terletak di Uda Business Centre, Johor, merupakan butik pakaian yang terkenal dalam kalangan warga Johor dan Singapura. Butik ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian yang menepati citarasa wanita moden yang mengutamakan kesopanan dan gaya muslimah. 

Butik Jamilah menyediakan pakaian tradisional seperti baju kurung, jubah, dan kebaya moden, tapi butik ini juga menampilkan koleksi pakaian kontemporari yang lebih kasual dan elegan, seperti blouse, seluar, kaftan yang sesuai untuk pelbagai acara formal atau santai. 

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Rekaan-rekaan yang ditawarkan di butik Jamilah ni mementingkan sentuhan kreatif dan kemasan yang rapi, sebab itu pakaiannya menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang mencari pakaian berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. 

Selain itu, butik ini turut menitikberatkan penggunaan fabrik yang selesa, seperti kain kapas, satin, dan chiffon, yang sesuai untuk iklim Malaysia. Rekaan terkini juga up-to-date, so memang mudahlah membuat pilihan samaada rekaan atau warna yang di sediakan. 

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Terkini, Butik Jamilah akan menjual pakaian untuk bakal pengantin yang akan menikah. Persalinan untuk pasangan Lelaki dan Perempuan bakal di jual di Butik Jamilah dan Butik Kacax. Kain yang berkualiti premium setanding dengan harganya yang berpatutan. 

Kalaulah Sis tau awal, memang majlis pernikahan anak Sis nanti Sis beli juga di sini, tapi agak terlambat, semua persiapan dah di tempah. Takpelah, nanti boleh belikan untuk anak saudara pula.

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Kalau ramai yang sudah tau, cawangan utama Butik Jamilah di Plaza Angsana, so tiap kali perayaan memang sesaklah dalam Mall tu kan, walau ada booth khas di sediakan, kalau jenis malas masuk Mall, memang rimas laa kan. Di UBC ni memudahkan korang walk-in dan memilih tanpa bersesak. 

Lokasinya yang strategik di Uda Business Centre juga memudahkan pelanggan untuk berkunjung, walaupun kemudahan tempat letak kereta yang agak terhad tapi korang boleh amik peluang ini mencuci mata sambil singgah ke Butik Jamilah. 

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Suasana persekitaran dalam butiknya juga sangat selesa yang mesra pelanggan. Kalau korang bawa family, takde laa berkejar-kejar dalam Mall kan. Ruang menunggu dan persalinannya juga ada di sediakan. 

Sempena pembukaan ini, Butik Jamilah menawarkan harga serendah RM39 untuk pilihan baju kurung terpilih. Harga pakaian di sini pun serendah RM39 - RM200++ aja. Size pun dari XS hingga 5L ada. 

Baju sedondon? Pun ada untuk sekeluarga. 

Pembukaan Cawangan Terbaru Butik Jamilah Di UDA Business Centre (UBC) Johor

Korang size lagi besar? Pun boleh buat size atas permintaan. Comtohnya jika ada baju yang korang berkenan tapi takde size korang, so korang boleh minta Butik Jamilah buat baju yang sama dengan ukuran size korang. Yerr boleh!. 

So apalagi? Kalau rasa taknak kelam kabut, dah bolehlah datang dan survey baju hari raya korang. Kalau berkenan terus aja beli sementara ada harga promosi ni. 

Staff yang mesra sedia melayan korang sebaik korang melangkah masuk ke Butik Jamilah.

Butik Jamilah
No 27, Jalan Padi Emas 1/5
UDA Bsusiness Centre (UBC)
Bandar Baru Uda, Johor

Di buka SETIAP HARI
Dari jam 10am -7pm 
KECUALI Jumaat & Sabtu 10am - 10pm.

Lihat lebih BANYAK GAMBAR : FB Pages akusislin
IG posting : akusislin 
TikTok posting : akusislin


P/S : Selagi majlis anak tak selesai, selagi tu belum ada mood nak bersiap Raya … 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!