PERCUTIAN SINGKAT BERSAMA GENG LOTENG KE KUALA LUMPUR. Setelah berbulan-bulan kami rancang, akhirnya berjaya juga kami keluar bercuti bersama walau hanya ke Kuala Lumpur. Kami berempat, Sis, Wana, Midah dan Ana, yang mana kitaorang ni di gelar 'Geng Loteng'.
Asal gelaran tu bermula dari Kembara Al-Quran tahun lepas sebab kami berempat di tempatkan tidur di atas loteng, terus melekat gelaran tu..
Alhamdulilah dengan keizinan Suami masing-masing dan Allah permudahkan perjalanan kami pergi dan balik. Pagi Jumaat kami gerak seawal selepas Subuh, Sis ke Bukit Indah pick-up mereka semua dan terus masuk highway. Tapi pit-stop kami pertama di Hentian Machap untuk sarapan pagi.
Apalagi kalau di sini, pekenalah Soto Selancar. Cuma pagi tu agak kurang sedap macam selalu. Mee-Hoonnya agak keras, tapi licin juga semangkuk. Untuk trip kali ni kami lantik Wana jadi Bendahari selaku memegang duit tabung travel.
Yaa kami share dan collect sorang RM220 termasuk duit penginapan, minyak. tol dan makan, so jumlah duit tu semua, Wana yang jadi tukang bayar setiap pembelanjaan kecuali duit tempat penginapan, Sis yang booking dan bayar full payment, so dapat aja duit semua, kitaorang tolak sesiap duit penginapan dan serah pada Sis, sebab Sis dah bayar dulu. Mudahkan macamtu.
Senang tak payah nak gaduh atau berkira-kira time nak membayar.. baik makan atau segala pembelanjaan lain..
Dari Machap kami teruskan perjalanan. Pit-stop kedua kami ke GM Klang. Sebelum tu kami makan tengahari dulu di situ. Masing-masing dah tak sabar nak menyoping. Dari yang kata taknak soping, ehhh tiber sama TERsoping pulak dia ekkkk.. hahahaha.. Jauh beza dah GM Klang dulu dan sekarang, sunyi sepi, ke sebab hari Jumaat ek, entahlah..
Tapi memang kata seller tu, dah kurang orang walk-in, semua dah beli secara online aja, lagipun memang yerr, apa yang Sis tengok di LIVE TokTok, semua pun ada di situ, cumanya, lebih puashati laa dapat pegang material dia dan beli bersemuka, dapat diskaun banyakk hehehehe..
Selesai menyoping di GM Klang, kami terus gerak ke Kuala Lumpur tempat penginapan kami di Legasi Kampung Baru (KL Residensi). Memang kitaorang pilih stay di sini sebab dekat dengan segala kemudahan dan boleh jalan kaki ke KLCC. Betul-betul sebelah tempat kami stay ni jambatan Saloma tu.
Memang rezeki kami, mulanya kami amik homestay yang takde balkoni harga RM270, tapi tiba owner dia kata rumah yang kami book tu orang tu sambung, di sebabkan kami dah bayar, so dia tukarkan kami di rumah yang besar ada balkoni tapi kami tidak perlu tambah duit lagi, alhamdulilah.. sangat puashati.
Balkoninya sebelah kiri adalah view Menara Kuala Lumpur.
Siap mandi dan solat semua, kami keluar nak ke KLCC - TRX. Nasib baiklah Ana biasa ke KL menaiki LRT dan sebagainya, so memang dialah yang banyak jadi juru pandu kami hahahaha.. Dari Legasi kami jalan kaki naik ke Jambatan Saloma, dekat betul dengan tempat kami stay tu.
Sampai je atas tu, terkejut kami ramai jurufoto yang amik upah untuk mereka ambilkan gambar, tapi bukan free yaa, bayar sekeping RM5. Di sebabkan bukannya selalu kan, so kami berempat setujulah. Snap sana sini, posing gitu gini, dia suruh pilih nak gambar mana, tapi kami kasi putar ayat, last-last dia mengalah bagi kami RM45 tapi hampir lebih 20 keping gambar dia bagi, jadilah kan, cantik pun yaa gambarnya.
Hahaha kesian kena 'game' dengan kitaorang ahahaha..
Tujuan utama nak ke TRX tu bukanlah apa, tapi sajer nak mencari tempat port makan Dessert sempena Birthday Girl September mereka berdua ni, Midah dan Ana. Kerlas ko makan kek di Kenny Hills Baker. Kitaorang taknak makan berat sangat sebab dah rancang nak makan di Kampung Baru aja. So kami amik aja kek sepotong dan minuman 4 gelas.
Time nak bayar, terkejut memasing, sepotong kek, 4 minuman RM95 henggett hahahaha.. tapi takpelah, bila lagi kannn.. lepas tu kami pusing-pusing aja laa dalam TRX tu, lepas dah tak tau nak kemana, so memasing sepakat, jomlah balik, kita pi makan.
Turun naik turun naik LRT, Monorel, RapidKL kami hahahaha.. nasiblah ada Ana jadi jurupandu kami yaa.. walau banyak jalan kaki ke hulur ke hilir, tapi memasing takde mengeluh kepenatan. Cuma soramg tu jerr la, katanya tapak kasut dah menipis hahahaha.. Tapi penat-penat pun, lagi seronok ada, sikit-sikit ketawa, sikit-sikit benghong ekk hahahaha..
Turun Bukit Bintang, sebab kami nak singgah beli Damascus untuk buat sarapan pagi esoknya. Walaupun panjang beratur, tapi untuk yang beli takeaway, barisannya cepat dan tak perlu beratur panjang. Alhamdulilah lepas hajat Midah nak makan Damascus. Kami teruskan perjalanan berjalan kaki dari Bukit Bintang hingga ke Kampung Baru.
Bila dah rasa penat (giler ko tak penat), mood makan jadi 'blur', memasing dah tak tau nak makan apa dan di mana, terlalu banyak sangat kedai makan. Last-last makan jer laa di kedai paling berdekatan dengan homestay hahahaha.. pun kami makan yang ringan-ringan aja buat alas perut. Memasing dah tak sabar nak balik mandi dan rehat..
Esoknya hari kedua, kami sarapan Damascus yang kami beli tu, firstime juga Sis cuba, perghh sedap, Sis suka yang daging punya, sebab rasa dia juicy berbanding ayam. Siap semua mengemas dan ready, kami terus Check-Out dan gerak ke Jalan TAR. Pagi-pagi so jalan lenggang yaaa, parking pun senang, best betul...
Bila dah kat Jalan TAR ni apalagi, aishh nafsu membeli tu membuak-buak kannn.. dari telekung, ke baju, ke tudung, ke seluar, seterusnya sampai TERbeli baju untuk majlis tunang anak Sis nanti hahahaha gitulah kannn, pantang jumpa lawa, tapi puashati dengan harganya..
Settle menyoping, kami terus keluar dari Jalan TAR untuk makan tengahari di Kantin Asam Pedas.
Korang boleh baca cerita makan tengahari di Kantin Asam Pedas ni yang Sis update semalam. Orang kata, 'aitt gi KL pun makan asam pedas ke? Macam kat Johor takde'. Lain negeri lain laa rasa dan cara memasaknya, tak salah pun nak mencubanya, lagipun memang kami nak makan nasi berlauk macam ni, supaya senang tak payah nak berhenti banyak tempat nak makan.
BIla dah kenyang, kami teruskan perjalanan balik ke Johor. Berhenti solat Maghrib dan Isyak di Hentian Pagoh dan makan Nasi Ambang. Hujan kejap lebat, kejap renyai mengiringi perjalanan kami, alhamdulilah kami selamat sampai Johor dalam jam 10pm lebih.
Penuh bonet yaa dengan memsing punya barang lontaran, termasuklah Sis punya hahahaha.. apa-apa pun kami happy dan sangat-sangat bersyukur. Lepas ni kami dah plan next short travel ke negeri lain pulak.. inshaallah ..
Terima kasih Sahabat ❤
P/S : Aku tumpang sedih dengan penceraian Cik Epal dengan Joe, lama kot aku follow mereka dari zaman awal aku jadi blogger ðŸ˜
sesekali dapat keluar macam ni best.hilang beban kat kepala.Bnyak jugak kan tempat menarik kat kampung baru ni.
ReplyDeleteJomlah sesekali kita pi cuti macam ni Eda .. best ..
Delete