SAMBUT BIRTHDAY GENG SETAMAN DI COOKIES AND GINGER RESTAURANT. Kisah bulan Setember Sis dan Geng Setaman sambut September Birthday Girl di Cookies And Ginger Taman Nusa Sentral. Ini adalah kali pertama Sis datang ke restaurant ni, sesat juga nak ke sana, sebab waze terus 'mati' diam takde petunjuk arah, kelam kabut juga Sis time tu hahahaha..
Terus call salah seorang geng dan rupanya Cookies and Ginger Restaurant ni berada di bangunan One Sentral Service Resident tu haaa.. bukan deretan kedai-kedai macam cafe tu, so korang kenalah masuk laluan parking ke bangunan One Sentral Service Resident tu dan restaurantnya berada dalam deretan bangunan tu sebelah depan.
Signboardnya pun comel nau, untuk mudah senang nak cari, korang tengok sign kedai Häfn Tea Room/Cookies & Ginger, kedainya color biru, itulah restaurantnya hahahaha..
Happy Birthday to Midah, Ana dan juga Yatie.
Ikutkan ada lagi geng lain yang sambut birthday bulan September, dan kami nak sambut sekali birthday girl bulan Ogos, tapi lelain tak free, so kami sambut aja laa mana yang free, kalau nak tunggu semua, memang tak menjadilah perjumpaannya.
Tema perjumpaan kami kali ni warna Biru, atas permintaan birthday girl. Kitaorang kalau bab tema memang suka, memasing sporting aja, ikut aja, kalau takde color tu, sanggup kitaorang pi beli, mana laa tak sayangkan hahahaha..
Makan kali ni birthday girl 3 orang tu belanja. Kami pergi 10 orang. Mula takut juga membebankan birthday girl nak membayarnya, tapi bila tengok pada harga, alaa takdelah mahal sangat, kira okaylah. Tu pun ada yang tak makan, kenyang katanya. So mereka order share-share aja. Sebab kami jumpa dah petang, tentulah memasing dah makan.
Sis ajala memang lapar weii masa tu, last makan pagi, so bila tengok pada menu, uii semuanya sedap-sedap pulak. Tapi sebab orang belanja kann, takkan laa nak order yang harga T90, kita kena faham keadaan, so Sis amik aja menu yang boleh makan dan kenyang, tak kenyang, balik makan laa, apa susah kannn.. Janji tak menyusahkan orang ..
Bila dah jumpa memang macam-macam hal, gelak tak ingat, makannya sikit, gelakk je banyak aduii memang release tension betul kalau dapat jumpa mereka. Ni semua geng setaman aka jiran setaman masa Sis duduk Bukit Indah dulu. Dari anak Sis sulung darjah 6 hinggalah anak bujang Sis tingkatan 3, Sis berkawan dengan mereka, mana laa kami tak macam adik beradik..
Bab kecik hati ke, sentap ke, gaduh manja ke, tu dah biasa, adat berkawan kan, tapi persahabatan tetap kekal sampai sekarang, sebab kami lebih sayangkan persahabatan kami dari bermusuh.. saling bermaafan, cuma berhati-hati aja laa dalam bergurau dan bertutur kata.
Apa-apa pun, makan di sini memang sedap, service pun cepat, puashati laa dengan harganya. Next time bolehlah bawa anak dan Suami Sis ke sini. Cuma agak jauhlah dari Pasir Gudang.
Terima kasih Yatie, Midah dan Ana belanja makan kami semua. Moga kalian di berikan umur yang panjang, sihat dan sentiasa bahagia dalam limpahan rahmat Allah SWT, aamiinnn.. Sayang korang dunia akhirat #SahabatSyurga ..
Cookies & Ginger
LG19-21, One Sentral Apartment,
Jalan Sentral 1, Taman Nusa Sentral,
79100 Iskandar Puteri, Johor
Buka jam 11am - 9pm Sabtu hingga Khamis
Jumaat jam 3pm - 9pm
P/S : Next birthday Oktober, November dan Disember, nak sambut kat mana ekkk hehehehe
kann.. kjalau dah jumpa ramai ramai macam ni,,
ردحذفborak je lebihnya..minum..gelak gelak... makan sikit je.
Iyerr Yan, makannya sikit, borak gelaknya je lebih hahahaha
حذف