JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA YAYAYIYO!

Sis Lin
2
JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA YAYAYIYO!. Selalunya Sis ajak kawan teman Sis pergi review Hi-Tea, ini kali pestime kawan ajak Sis teman dia pulak. Kebetulan Sis free dan petangnya pula kami pun sama-sama nak ke Food Review yang sama. 

Yaya memang dah bagitau awal-awal tanya Sis untuk teman dia. Bila Sis kata ON, Yaya kata dia pick-up Sis di rumah then terus ke Opero Hotel untuk review Hi-Tea mereka. 

Lagipun set Hi-Tea tu memang untuk 2 orang. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Yayayiyo!

Sis memang taknak ganggulah Yaya tu buat kerja dia, Sis tunggu dia settle semua amik gambar dan video. Bila betul dah puashati baru kami makan. Kami dah biasa bekerjasama dalam satu event, so memasing dah faham. 

Not bad set Hi-Tea Opero Hotel kali ni, semuanya berasaskan buah nanas. Menarik sangat dan taste dia semua sedap. Mana gambar? Korang tunggulah Yaya update dalam IGs dia nanti okkay. 

Tu air welcome drink mereka, air Bunga Telang .. 


Settle aja Hi-Tea tu, Yaya ajak ke Kota Masai nak beli Vietnam Spring Roll (VSR) yang viral tu. Nama kedainya Rascrumticious Dish, yang terletak di Jalan Rambai. Alaa korang waze aja nama kedainya. 

Dia jual VSR tu betul depan kedainya, tapi kalau masuk atau makan dalam kedai pun boleh. Ada macam-macam VSR terjual. Sis beli juga (macam dalam gambar), cuma Sis beli bawa balik,tapi Yaya buat video makan VSR tu. Dia kata sedap. 

Cuma harga dia agak mahal sikit ya. 


Tengok jam dah hampir jam 5pm, so kami gerak ke Renaissance Johor Bahru Hotel untuk event Food Review Buffet Dinner sempena Krismas pulak. Yang ini memang kami sama-sama kena ‘kerja’ hahahaa.. 

Sebab itulah dari tengahari sampai petang tu Sis kontrol isi perut, sebab nak makan buffet malam tu. Itupun mood swing juga dek perut sebu kejang di serang senggugut. Memang kacau mood nak makan Sis malam tu. 

Yaya balik awal malam tu, Sis masih duduk makan dengan team JDT Blogger Sis. Malam tu balik Sis tunpang Nona. Terima kasih Nona sudi tumpangkan Sis. Lain kali tumpang lagi ea hehehehe .. 


P/S : Yaya tu dah macam anak Sis, umur dia sebaya anak sulung Sis, tapi kami kepala masuk air sama hahahaha

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. vsr itu saya sukaaa sangaaat. Makanan healthy lah nih. Apalagi liat isian dia udangnya macam gebu sangat 😍😍😍. Agak susah menemukan vsr sedap kak. Dulu di JKT ada, tp ntah kenapa tutup pula. Belum ketemu lagi yg enak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis suka sampai ada masanya hari-hari pergi beli Fanny ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!