MAKAN DI YEWS CAFE SENIBONG COVE SEMPENA HARI JADI AKU. Beberapa hari sebelum hari jadi Sis, Sis jadi peneman Suami keluar bekerja ke Kuantan. Senang kata jadi pemandunya laa, sebab Suami kata kena pergi seorang.
Kalau Suami kata kena pergi seorang, memang Sis ikut sebab risau kalau Suami memandu dengan jawab call, dengan baca whatsapp, tengok email, so memang akan membahayakan keadaan dia ketika memandu. Sebab itu Sis offer diri nak ikut dan jadi ‘driver’.
Sehari sebelum hari jadi Sis, balik dari Kuantan, tiba-tiba Suami call anak Sis,Yana bagitau tak payah masak, dan ajak makan luar sambut birthday Sis. Ayahnya kata ‘esok (19/11) Ayah sibuk’ dan Suami kata kat anak, ‘Esok biar Mak sambut birthday dengan kawan-kawan Mak’ hahahaha..
Kebetulan 19 November tu Sis ada event GDOD di Renaissance Johor Bahru Hotel. Sampai Johor, lepas Maghrib kami keluar dan Suami ajak makan di Yews Cafe Senibong Cove. Tempat yang sama masa sambut birthday Suami.
Sebab sebelum-sebelum ni dah banyak kali pergi makan, so malas nak amik gambar sangat. Amik pun buat ada-ada jer laa ni. Lebih santai makan dan berbual sama anak-anak, menantu dan Suami.
Bila duduk bersama gini memang banyak nak di bualkan, lagi pulak majlis perkahwinan anak bujang hampir tiba, so banyaklah kami borak pasal persiapan. Cucu pun be good aja duduk diam makan.
Paling sedap Tauhu Bakar dia, sampai order 2 pinggan kami sebab tak cukup!. Sedap betul kuah rojaknya. Nak sebut nama menu apa kami makan pun dah lupa namanya hahahaa. Korang boleh tengok dan rujuk di posting akusislin ni ketika Sis datang review makan di sini.
Harga agak mahal sedikit tapi portion sangat berbaloi dan rasa pun sedap! Takde yang tak sedap makan di sini, sebab itu kami berulang kali datang makan sini. Suasana pun aman tenang, sejuk berhawa dingin, nak makan duduk luar pun boleh juga.
Alhamdulilah hari yang indah dapat bersama family meraikan hari lahir tahun ni sekali lagi. Walau anak yang sulung aja tak dapat bersama. Terima kasih Suami belanja makan dan hulur hadiahnya. Siap hulur depan anak-anak hahahaha.
Esoknya Sis beli gelang Pandora. Syukur alhamdulilah atas segala nikmat dari Allah. Moga segala doa-doa korang semua ke atas Sis dan keluarga Sis akan berbalik jua pada korang semua. Subhanaallah Astaghfiruallah ..
P/S : Aku geramnya dengan kau Haikal!!! #andaitiadadia
Happy birthday
ردحذفSedap makanan tu
Terima kasih Rabia.. alhamdulilah sedap semuanya ..
حذفHahaha.. terus lupa nak komen apa, Haikal punya pasallah ni!
ردحذفHahahah akak kann buat Saya gelak LOL hahahahahaha
حذف