MAKAN-MAKAN DI TGI FRIDAYS MID VALLEY SEMPENA BIRTHDAY ANAK. Lepas selesai urusan majlis pertunangan anak bujang Sis, adik-adik semua terus balik kecuali Sepupu Sis yang singgah rumah dan lepak sekejap.
Dapatlah Sepupu merasa Kek Batik pemberian dari pihak perempuan dan juga makan Pulut Kuning Jelita tu. Alhamdulilah semua makanan habis, senang Sis mengemas dapur.
Malam selepas Mahgrib kami semua keluar, kebetulan hari yang sama tu 2 November adalah birthday Kakak (anak sulung). Kakak ajak makan di TGI FRIDAYS di Mid Valley. Ayahnya follow aja.
Anak bujang dah bookingkan, so sampai sana table dah siap untuk kami 7 orang termasuk Cucu seorang. Tengok menu-menunya woww tak tau nak makan apa, sebab tak pernah makan lagi kecuali anak-anak yang dah biasa makan sini.
Ayahnya pun blur nak makan apa, lagipun memasing masih rasa kenyang makan di rumah pihak perempuan siangnya tu. Belek-belek menu, semua order yang ringan-ringan aja la. Tapi ….
Bila sampai menunya, makkk aii betapa besarnya portion dia yaaa hahahahaa semua gelak-gelak tengok menu memasing. Ingatkan nak ringan-ringan simple-simple, sekali sampai, boleh kongsi 2/3 orang makan ni hahahahaha..
Suami pun geleng kepala, macam mana nak habiskan ni, perut kenyang. Nak taknak makanlah juga. Sambil makan sambil borak masa depan, bincang mengenai perkahwinan anak bujang tu, tak lama jer lagi, tak sampai 3 bulan. Banyak benda nak di uruskan.
Diam-diam makan, tengok pinggan memasing, habis juga kecuali Suami dan Kakak yang tak habis. Selesai Suami buat bayaran, sambil tunggu Cucu makan, tiba-tiba keluar 2 kek dan nyanyian lagu Happy Birthday buat Kakak.
Alaa comel sangattt staff TGI FRIDAYS ni. Terima kasih banyak yaa. Juga satu kek untuk anak bujang sempena dah bertunang. Rupanya anak bujang kenal dengan owner TGI FRIDAYS ni sebab selalu datang buat sistem network mereka.
Syukur alhamdulilah dapat meraikan hari bahagia anak-anak bersama-sama. Inshaallah tahun depan seat meja full laaa 8 orang. Kalau nak travel dah kena laaa bawa 2 kereta besar ekkk. Ayahnya kata ‘sewa bas’! Hahahahahaa ..
Terima kasih Allah ..
Allahuakbar .. Subahanaallah .. Astaghfiruallah
P/S : Cepatnya masa berlalu, aku rindu zaman anak-anak masih kecil dulu 🥺 ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.