MAKAN-MAKAN DI TGI FRIDAYS MID VALLEY SEMPENA BIRTHDAY ANAK. Lepas selesai urusan majlis pertunangan anak bujang Sis, adik-adik semua terus balik kecuali Sepupu Sis yang singgah rumah dan lepak sekejap.
Dapatlah Sepupu merasa Kek Batik pemberian dari pihak perempuan dan juga makan Pulut Kuning Jelita tu. Alhamdulilah semua makanan habis, senang Sis mengemas dapur.
Malam selepas Mahgrib kami semua keluar, kebetulan hari yang sama tu 2 November adalah birthday Kakak (anak sulung). Kakak ajak makan di TGI FRIDAYS di Mid Valley. Ayahnya follow aja.
Anak bujang dah bookingkan, so sampai sana table dah siap untuk kami 7 orang termasuk Cucu seorang. Tengok menu-menunya woww tak tau nak makan apa, sebab tak pernah makan lagi kecuali anak-anak yang dah biasa makan sini.
Ayahnya pun blur nak makan apa, lagipun memasing masih rasa kenyang makan di rumah pihak perempuan siangnya tu. Belek-belek menu, semua order yang ringan-ringan aja la. Tapi ….
Bila sampai menunya, makkk aii betapa besarnya portion dia yaaa hahahahaa semua gelak-gelak tengok menu memasing. Ingatkan nak ringan-ringan simple-simple, sekali sampai, boleh kongsi 2/3 orang makan ni hahahahaha..
Suami pun geleng kepala, macam mana nak habiskan ni, perut kenyang. Nak taknak makanlah juga. Sambil makan sambil borak masa depan, bincang mengenai perkahwinan anak bujang tu, tak lama jer lagi, tak sampai 3 bulan. Banyak benda nak di uruskan.
Diam-diam makan, tengok pinggan memasing, habis juga kecuali Suami dan Kakak yang tak habis. Selesai Suami buat bayaran, sambil tunggu Cucu makan, tiba-tiba keluar 2 kek dan nyanyian lagu Happy Birthday buat Kakak.
Alaa comel sangattt staff TGI FRIDAYS ni. Terima kasih banyak yaa. Juga satu kek untuk anak bujang sempena dah bertunang. Rupanya anak bujang kenal dengan owner TGI FRIDAYS ni sebab selalu datang buat sistem network mereka.
Syukur alhamdulilah dapat meraikan hari bahagia anak-anak bersama-sama. Inshaallah tahun depan seat meja full laaa 8 orang. Kalau nak travel dah kena laaa bawa 2 kereta besar ekkk. Ayahnya kata ‘sewa bas’! Hahahahahaa ..
Terima kasih Allah ..
Allahuakbar .. Subahanaallah .. Astaghfiruallah
P/S : Cepatnya masa berlalu, aku rindu zaman anak-anak masih kecil dulu 🥺 ..
Portion sini besar, makanan dia sedap juga sis. Kita sampai tak habis hahaha. Dulu makan sini time farewell kawan office lama.
ReplyDeleteItulah baru pestime memasing datang makan sini, perut kenyang, so memang terkejut makanan sampai hahaha
DeletePortion sini memang besar sis, padan dgn harganya. Patut kongsi tapi biasalah memasing order sorang satu, hihi.
ReplyDeleteYerr Kak, sorang satu pi order pulak tu hahahaha.. tapi habis jugalah kecuali menu Kakak dan Ayahnya
DeleteAisssh rindu pula makan di TGIF. Terakhir makan di sana sebelum pandemi. Setelah itu tak pernah lagi, Krn agak jauh juga dr rumah saya. Tp memang kan porsi mereka jumbo hahahahha. memang tak sesuai utk perut asia tenggara 😁
ReplyDeleteItulah Sis baru tau portion dia sangat besar Fanny hahahaha.. patut kami order kongsi aja haritu, tapi takpe, habis juga semua makan
Delete