MAKAN SEAFOOD MELEDAK DI ASHHRYSHOSHEDAP

Sis Lin
1
MAKAN SEAFOOD MELEDAK DI ASHHRYSHOSHEDAP. Jujurnya tertunailah hajat dan keinginan Sis nak makan di kedai makan Ashhryshoshedap ni. Masa mula dulu pernah datang sekali ke sini ketika kedai influencer Ashhryyyyyy ni buka, tapi Sis ke kedai FRkl21 dia yang baru di buka di Johor. Masa tu teman kawan tengok kasut. 

Dan Sis tak makan di kedai makannya, ye laa ingat kedai makan biasa-biasa aja, so masa tu Sis pergi makan di kedai lain, sampailah now kedai makannya viral dan terkenal sana sini di Johor dan di luar Johor, baru laa ada keinginan nak mencubanya tapi tak sampai-sampai. 

Tapi selalulah dengar cerita sok sek sana sini mengenai kedai makan Ashhryshoshedap ni. Ada positif ada negetifnya nak tau, sendiri kena cuba. 

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Orang kata rezeki, Retna turun Johor pada Sabtu lepas ni atas urusan peribadi (korang tunggulah perkongsian darinya ya). Sis amik Retna dan kawannya di airport Senai pagi jam 9am, then terus pergi sarapan dulu di Soto Station, kemudian settlekan urusan Retna, baru kami pergi makan tengahari. 

Mulanya Retna ada tunjuk nak makan Cafe lain, tup-tup katanya dia dah booking table makan tengahari di Ashhryshoshedap ni. Masa mula Sis dengar, agak terkejutt, sebab memang nak sangat pergi situ, belum pun cakap, sekali Retna kata, 'Ko nak sangat kan makan situ?' hahahaha.. mana dia tau ekkk?.

Tertunai sudah impianku. Alhamdulilah ..

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Sampai kedainya, meja kami dah ada, mereka bagi tempat makan di dalam kedai FRkl21, so penuhlah dengan kasut dan bag dalam kedai tu. Now kedai dia dah ada 3 lot, tapi kalau tak booking, korang memang kena tunggu laa kosong, sentiasa aja full table ya. Suasana ketiga-tiga kedainya pun berbeza, ikut nasib koranglah. 

Kena scan barcode untuk order menu, dan kena bayar dulu baru makanan sampai, so kami orderlah mana yang rasa kami nak makan, antaranya ; Creamy Butter Clam Curry-Na Kau Yang Ku Cintai bersama mantao, Kawan Retna order Set Asam Pedas Ikan Merah Kepala Ikan Nak Telur Dadar, Sangkaya, Sotong Goreng Tepung Meledak, Mozarella Cheese Stick with Thai Sauce dan tiba-tiba Retna order Seafood Meledak

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Sis tengok harga Seafood Meledak tu jer RM179 uiii.. tapi belum dapat bayangkan macam mana rupa hidangannya, dalam gambar nampak menarik, tapi realitinya tak tau macam mana gaya. Minuman kami order ; Peach Tea Longan, Shayangku Honey Lemon, Thai Tea dan Kedondong Asam Boy Mencuri Hatiku Dengan Kejujuran. 

Kalau baca nama-nama menunya memang tersenyum sendiri, kreatif sungguh nama di beri hahaha terhibur baca. Order tak lama sampai, servis bagus, staff ramah dan Air Suam di beri percuma di atas meja. Juga buaian dan katil bayi juga turut di sediakan buat mereka yang bawa anak kecil atau baby. Bagus betul kann fasiliti kedainya, mesra pengguna. 

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Dan bila makanan sampai satu-persatu, memang portion dia agak besar yaa, betullah meledak nak termuntah dari pinggan. Sepinggan boleh makan 2 orang kalau jenis tak kuat makan. Cuma Seafood Meledak tu je laa, korang kalau order kena makan bertiga atau berempat, sebab sekali sampai, kuss semangatt sedulang ko hahahaha.. 

Antara semua makanan yang kami cuba, Seafood Meledak dan Sotong Goreng Goreng Tepung Meledak tu yang paling the best. Sedap gilerr.. Kuah creamy dalam seafood tu sangat sedap okayyyyy.. Sis sampai meratah-ratah hirup kuahnya yang sangat sedap. Seafoodnya pun banyak sedulang, puas makan sampai tak habis, kami tapau bawa balik. 

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Makan Seafood Meledak di Ashhryshoshedap

Alhamdulilah, syukur sangat atas segala nikmat yang Allah beri. Rezeki dari Retna belanja kami makan sempena birthday Sis gitu.. moga di murahkan rezeki ko selalu Ret dan sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat.. aamiinn.. 

Ehh lupa nak amik gambar depan kedainya, sebab masa tu hujan mula turun. Kalau korang nak pergi waze aja laa nama kedainya, pasti jumpa. 

Ashhryshoshedap
NO 24, Nongchik Riverside, 
Jalan Kolam Ayer, 
80200 Johor Bahru, Johor

Buka SETIAP HARI dari jam 12 pm–12 am


P/S : Aku suka tengok anak muda berjaya kaya gini buka bisness, rezeki mereka kan.. 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!