MASAK NASI GORENG, MAKAN LAKSA JOHOR. Gitulah kan, tekak kalau kata nak makan sesuatu tu, kalau dah ada makanan lain depan mata, tetap juga nak tunaikan selera tekak. Inilah yang berlalu pagi ni ketika sarapan.
Masak nasi semalam memang sengaja masak lebih sebab nak masak Nasi Goreng untuk anak-anak dan menantu pagi ni. Tapi sejak malam tadi terbayang-bayang Laksa Johor Restoran Warisan Maheran Taman Bukit Dahlia.
Dah berkali-kali beli, memang sedap kuah Laksanya. Cuba juga menahan selera dari membeli sebab nak masak nasi goreng. Tapi apakan daya, selera tekak ni kuat betul, akhirnya TERbelilah Laksa Johornya pagi ni 2 bungkus.
Nasi Goreng dah siap masak, Sis dah hidang, Yana dan menantu duduk makan dia ajak juga makan sekali, tapi Sis kata dah order Laksa Johor, ermmm membebellah si Yana tu. Masak Nasi Goreng, makan Laksa Johor hahahaha..
Sis punya perangai, kalau rasa nak makan, jangan tunggu, memang akan cari dan beli. Suami pun dah faham perangai Sis ni. Selagi tak dapat, macam tak senang hati, asyik sebut aja nanti. Dah dapat, puashati!.
Selagi boleh makan, mampu beli, kita belilah, mampu buat, kita buat, jangan berkira sangat bab makan ni. Kecuali memang bukan kemampuan kita. Yang penting jangan membazir. Tu perangai syaitan macam Intan.
Laku keras juga Nasi Goreng pagi ni, sedap agaknya. Ada semangkuk untuk anak bujang yang belum pergi kerja. Harini Jumaat lambat dia pergi kerja. Ni pun tengah fikir nak masak apa ekk harini ermmm …
P/S : Diam diam aku, aku memerhati jerr ..
Sedapnya nasi goreng
ReplyDeleteBerkenang pula kuali emas tu
ReplyDelete