SAMBUTAN GLOBAL DAY OF DISCOVERY 2024 DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL MERIAH BERTEMAKAN 'EVENING MARKET'

Sis Lin
0
SAMBUTAN GLOBAL DAY OF DISCOVERY 2024 DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL MERIAH BERTEMAKAN 'EVENING MARKET'. Renaissance Johor Bahru Hotel telah menyambut Global Day of Discovery (GDOD) pada 19 November dengan penuh meriah yang menonjolkan budaya tempatan, kemeriahan seni, dan citarasa unik Johor. Ia juga meraikan pelancaran R Finds sempena 10thn Anniversary GDOD

Sis berpeluang turut sama seperti juga tahun lepas cuma agak berbeza acara, aktiviti dan juga perlancarannya dengan tema tahun lepas. Tahun ni acara GDOD ini di adakan di ruang lobby Renaissance Johor Bahru Hotel dengan tema unik 'Evening Market', yang mengetengahkan suasana pasar malam tradisional Johor. Acara ini memperkenalkan pelbagai elemen budaya tempatan, mencipta pengalaman istimewa untuk tetamu.

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Batik Chocolate Wall ni jadi tumpuan ramai. 

Suasana pasar malam dihidupkan dengan gerai-gerai jualan dan hidangan makanan yang menawarkan hidangan rasa Johor yang dimodenkan airtangan Chef Syafiffi dan teamnya. Selain itu, aktiviti menarik seperti persembahan muzik dari Keyin Saxaphonist dan juga nyanyian Duo Ellen & Tim berganding hebat di atas pentas. 

Gerai-gerai jualan yang di sediakan juga sangat menarik perhatian. Sis dan kawan-kawan lain berpeluang juga mewarna Batik. Paling best menyoping baju Batik dan beli kraftangan produk Johor. Rata-rata semuanya adalah dari usahawan Johor dan mereka membawa hasil tangan mereka sendiri. 

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Produk dari Karyaneka Kompleks Kraf Johor

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Produk dari Palmy Studio Venture

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Produk dari Norli Creation

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Produk dari cthanistailista

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Produk dari Safis Art Enterprise

Global Day of Discovery di Renaissance Johor Bahru Hotel menghidupkan konsep “Discover This Way” dengan menyediakan platform kepada tetamu untuk mendalami keindahan budaya Johor sambil menikmati suasana eksklusif hotel. Ia adalah satu pengalaman yang menghubungkan pelancong dengan keunikan tempatan, mencipta kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.

Sambutan ini turut menyaksikan pelancaran R Finds, sebuah inisiatif baharu oleh Renaissance Johor Bahru Hotel yang mengetengahkan produk dan pengalaman tempatan. Melalui R Finds, hotel ini akan memperkenalkan pelbagai barangan unik seperti cenderamata seni, produk kraftangan, dan bahan makanan tempatan yang boleh dibeli oleh pengunjung secara 0nline. 

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'

Untuk maklumat lanjut tentang R Finds sila ke www.R-finds.com dan melalui laman web www.renhotels.com Menurut kata General Manager Renaissance Johor bahru Hotel, Shibil Malek ; 

"With the launch of R FINDS, we're evolving Global Day of Discovery from a one day celebration of localism to a platform that fosters meaningful connections year-round. This digital marketplace connects travelers instantly to unique makers from around the world, providing that our commitment to generating positive and sustained impact for our neighbors extends far beyond the walls of each hotel." 

 

Usaha ini bukan sahaja memperkasa perniagaan kecil tempatan, tetapi juga memperluaskan apresiasi terhadap budaya Johor. juga dapat menghubungkan pelancong dengan budaya Johor sambil menyokong usahawan kecil tempatan. Dengan tema Evening Market, acara ini memberikan suasana meriah dan nostalgia kepada para pengunjung, sambil memperkayakan pengalaman mereka dengan keunikan Johor yang penuh warna.

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Harapnya Chef Syafiffi akan masukkan dalam buffet ramadan akan datang

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Sedap betul Pulit Kuning Rendang Ayam tu

Para tetamu juga di hidangkan dengan minuman seperti ; Teh Tarik, The Pekan Nanas The Punch, Bandung Lychee with Selasih, Air Kelapa juga station makanan ; Pulut Kuning Rendang Ayam, Nasi Ayam, Nasi Lemak dan juga Serunding Kelapa, dan yang menariknya kesemua makanan ini di hidangkan berbentuk SHUSHI tapi dalam versi variasi rasa Melayu, menarikkann.. 

Paling sedap Pulut Kuning Rendang Ayamnya, mula macam nak taknak jer makan, sebab duk excited dengan segala aktiviti yang ada di keliling, tapi bila dah mencuba sekali, makk aiii sedapnyaaa, rugi pulak tak bedal banyak-banyak hahahaha.. 

Antara Media KL, Johor & Singapura yang hadir! Happening giler!

Sambutan Global Day of Discovery 2024 di Renaissance Johor Bahru Hotel Meriah Bertemakan 'Night Market'
Nampak tu, kembong Tote Bag memasing isi jajan hahahaha

Yang bestnya, ada gerai 'jajan' dahulu kala, pelbagai makanan ringan zaman 80an dan 90an di sediakan. Yerr FREE jer ko, apalagi, dah dapat Tote Bag kan, kitaorang kutip masuk penuhkan bag, berguna juga Tote Bag tu kan hahahaha. Balik memasing muka ada senyumm gembira hahahaha.. 

Dan kebetulan pula pada haritu sama tarikhnya Birthday Sis, makanya ada 'surprise' juga dari pihak Renaissance. Allahuakbar, malu juga diri ini tapi terharu juga di raikan bersama semua kawan-kawan. Terima kasih En Hezrin as Head Marketing Communication Renaissance Johor Bahru Hotel yang arrange semua kejutannya, thanks a lots. 

Nak tengok video Sis pegang kek atas pentas? Tengok videonya SINI 

Tahniah Renaissance Johor Bahru Hotel , satu pengalaman yang indah Sis dapat join sekali lagi pada tahun ini!. Moga di tahun-tahun hadapan, Sis berpeluang lagi join GDOD ni lagi. Yang penting dapat kipas hahahaha.. 

Lebih banyak gambar : facebook pages akusislin 
IG REEL posting : akusislin
TikTok video posting : akusislin 


P/S : Sampai sekarang masih tak boleh move-on lagi dengan ini. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!