SELAMAT BERTUNANG ANAK BUJANG MAK

Sis Lin
0
SELAMAT BERTUNANG ANAK BUJANG MAK pada 2 November baru ni. Alhamdulilah Allah permudahkan semuanya. Bagi yang tertanya-tanya posting travel Bromo Sis, sabar jap yaa, kasi Sis chill-chill dulu rehatkan minda dari kesibukan dunia ni. Tapi Sis bersyukur semuanya telah selesai dan segala urusan lancar dari mula hingga akhir. 

Terima kasih buat adik-adik dan juga sepupu yang sudi melapangkan masa mengikut rombongan menghantar pinangan bagi pihak anak bujang Sis. Suami yang sedang sibuk dengan kerja pun, balik juga sehari awal dan settlekan apa yang patut. 

Selamat Bertunang Anak Bujang Mak
Satu-satunya bakal menantu perempuan Mak

Perbincangan kami anak beranak malam sebelumnya pun, semuanya tenang dan masing-masing tiada bantahan dalam semua idea dan aturcara. Anak Sis yang Sulung juga balik JB 2 hari awal dari majlis. Dapatlah Sis masakkannya masakan yang dia nak makan. 

Majlis bertunang berlangsung lepas Zuhur, kami gerak dari Pasir Gudang ke Bandar Baru Uda dengan iringan hujan renyai-renyai ketika tu. Sampai sana di sambut dengan mesra dari pihak perempuan. Sangat cepat perbincangan kedua pihak, apa yang telah kami bincangkan ketika merisik, kami hanya usulkan aja ketika meminang, so urusan bertunang tu cepat sekali, mudahkan urusan masing-masing. 

Selamat Bertunang Anak Bujang Mak
Pihak perempuan

Dulang hantaran 7 dari pihak lelaki berbalas 9 dari pihak perempuan. Sekadar buat syarat pinangan di terima, beserta sebentuk cincin permata dan juga tepak sireh sebagai adat peminangan. Cincin di sarung tanda pinangan sudah pun di terima dan kini anak bujang Sis sudah rasmi menjadi tunangan orang, alhamdulilah..

Tapi, ada satu perasaan yang sukar di gambarkan, perasaan sedih, sayu hati seorang Ibu meminang anak gadis orang untuk anak lelakinya, berbeza ketika Sis menerima menantu lelaki dan melepaskan anak perempuan, perasaan itu jauh berbeza, tak tau nak cakap macam mana. Menangis dalam hati ini, tiada siapa yang tau. 

Selamat Bertunang Anak Bujang Mak
Kanan sekali bakal besan

Mungkin sebab Sis dan anak bujang rapat dan terlalu lama bersamanya serumah hingga kini, so perasaan kasih sayang tu sangat kuat hingga nak melepaskan satu-satunya anak bujang ni begitu sayu hati sekali.. entahlah, tapi yang pasti, inilah hakikatnya, satu hari anak-anak akan ada kehidupannya sendiri dan akan pergi tinggal bersama orang lain, itu yang kita kena terima. 

Apa-apa pun semua urusan atas kehendak Allah. Tinggal hanya 3 bulan sahaja untuk Sis dan Suami uruskan segala persiapan perkahwinan anak bujang. Moga Allah sihatkan kami dan dipermudahkan segala urusan kedua belah pihak, inshaallah aamiinn.. 

Terima kasih kepada semua yang mendoakan.. 


P/S : Menaip pun mengalir airmata 😭

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!