SELAMAT BERTUNANG ANAK BUJANG MAK pada 2 November baru ni. Alhamdulilah Allah permudahkan semuanya. Bagi yang tertanya-tanya posting travel Bromo Sis, sabar jap yaa, kasi Sis chill-chill dulu rehatkan minda dari kesibukan dunia ni. Tapi Sis bersyukur semuanya telah selesai dan segala urusan lancar dari mula hingga akhir.
Terima kasih buat adik-adik dan juga sepupu yang sudi melapangkan masa mengikut rombongan menghantar pinangan bagi pihak anak bujang Sis. Suami yang sedang sibuk dengan kerja pun, balik juga sehari awal dan settlekan apa yang patut.
Satu-satunya bakal menantu perempuan Mak |
Perbincangan kami anak beranak malam sebelumnya pun, semuanya tenang dan masing-masing tiada bantahan dalam semua idea dan aturcara. Anak Sis yang Sulung juga balik JB 2 hari awal dari majlis. Dapatlah Sis masakkannya masakan yang dia nak makan.
Majlis bertunang berlangsung lepas Zuhur, kami gerak dari Pasir Gudang ke Bandar Baru Uda dengan iringan hujan renyai-renyai ketika tu. Sampai sana di sambut dengan mesra dari pihak perempuan. Sangat cepat perbincangan kedua pihak, apa yang telah kami bincangkan ketika merisik, kami hanya usulkan aja ketika meminang, so urusan bertunang tu cepat sekali, mudahkan urusan masing-masing.
Pihak perempuan |
Dulang hantaran 7 dari pihak lelaki berbalas 9 dari pihak perempuan. Sekadar buat syarat pinangan di terima, beserta sebentuk cincin permata dan juga tepak sireh sebagai adat peminangan. Cincin di sarung tanda pinangan sudah pun di terima dan kini anak bujang Sis sudah rasmi menjadi tunangan orang, alhamdulilah..
Tapi, ada satu perasaan yang sukar di gambarkan, perasaan sedih, sayu hati seorang Ibu meminang anak gadis orang untuk anak lelakinya, berbeza ketika Sis menerima menantu lelaki dan melepaskan anak perempuan, perasaan itu jauh berbeza, tak tau nak cakap macam mana. Menangis dalam hati ini, tiada siapa yang tau.
Kanan sekali bakal besan |
Mungkin sebab Sis dan anak bujang rapat dan terlalu lama bersamanya serumah hingga kini, so perasaan kasih sayang tu sangat kuat hingga nak melepaskan satu-satunya anak bujang ni begitu sayu hati sekali.. entahlah, tapi yang pasti, inilah hakikatnya, satu hari anak-anak akan ada kehidupannya sendiri dan akan pergi tinggal bersama orang lain, itu yang kita kena terima.
Apa-apa pun semua urusan atas kehendak Allah. Tinggal hanya 3 bulan sahaja untuk Sis dan Suami uruskan segala persiapan perkahwinan anak bujang. Moga Allah sihatkan kami dan dipermudahkan segala urusan kedua belah pihak, inshaallah aamiinn..
Terima kasih kepada semua yang mendoakan..
P/S : Menaip pun mengalir airmata 😭
Selamat Bertunang anak sis dan pasangan.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Ya sis, pasti terasa lainnya... Lagi lagi tuhla satu satunya anak lelaki dalam family dan yang lebih lama stay kat rumah dengan omak.. Semoga terus bahagia dan sihat sihat yaaa!!
ردحذفAaamiinn, terima kasih Nona.. nanti jemputlah datang kendurinya okayy, tunggu kad menyusul
حذفalhamdulillah..congrats sis...moga dipermudahkan , lagi 3 bulan..kejab je tu.
ردحذفalamak..baca ni, sayu je ..mcm mana la nanti bila turn MA kan..lambat lagi la pun.. he he he..
Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan, terima kasih MA
حذفCongrats kak lin 🎉🎉. Pasti beda rasanya yaaa.. kali ini meminang utk anak lelaki sendiri.
ردحذفTapi betul tuh, suatu saat mereka ini akan menjalani hidup masing2. Membentuk kluarga sendiri. Tugas kita berubah, mensupport dan mendoakan mereka dari jauh.
Saya doakan lancar utk semua persiapan wedding ya kak. 🤗
Thanks Fanny. Kamu tahun depan jika free datang yaa kendurinya nanti.. nanti Kak Lin kasitau bilanya okayy
حذف