BERTAMBAH KOLEKSI PANDORA AKU. Alhamdulilah, terima kasih yang memberi ucapan dan mendoakan Sis sempena hari jadi Sis baru-baru ni. Moga segala doa dan kebaikan dari korang akan berbalik kepada korang semua.
Juga terima kasih buat mereka yang menghantar hadiah tanda ingatan, Sis sangat terharu, dah tua gini pun masih dapat hadiah dan kek!. Alhamdulilah atas rezeki dariMu Ya Allah.
Cantikkk! Terima kasih Suamiku ❤️ |
Untuk birthday tahun ni, bila Suami tanya ‘nak apa?’, Sis terus kata ‘nak Pandora’ hahahaha orang lain minta emas permata, Sis hanya minta Pandora aja, sebab itu yang Sis mau, buat apa beli sesuatu jika bukan itu yang kita mau kan, kan?.
Suami memang tau Sis suka pakai silver, dan koleksi Pandora Sis sebelum ni pun memang selalu Sis pakai berbanding pakai emas. Dan kali ni sempena birthday, Sis tambah koleksi Pandora Sis. Sis beli gelang Pandora.
Bolehlah pakai tukar-tukar nanti |
Kalau beli Pandora time birthday, kita akan dapat 20% diskaun membership, so memang berbaloilah beli time birthday. Sis pilih design terbarunya yang simple dan sangat cantik!. Mata terus berkenan pertama kali melihatnya.
Ada satu lagi design terbaru tapi sebab Sis dah ada design seakan serupa so Sis taknak amik yang tu, Sis amik yang lebih simple dan yang Sis lebih suka!. Dua kali juga pakai bukak pakai bukak sebab nak buat pilihan, tapi akhirnya tetap pilih yang simple tu.
Antara koleksi Pandora Sis |
Cincin Pandora paling Sis banyak tapi jarang pakai dan kadang terlupa jerr nak pakai. Kalau gelang memang Sis pakai basahan, buat mandi buat tido, so far tahan lasak. Nak cuci pun free aja hantar di kedai Pandora.
Ada rezeki nak beli koleksi Pandora lain pula, teringin pula nak beli rantainya pulak, design cantik-cantik, gerammm tengokk!.
P/S : ‘Baik beli emas’ .. weyyy sukahati aku lah!!! ..
Setujuuu kak. Pastilah kita punya masing2 preference kan. Ada yg suka emas, ada yg suka silver, diamond etc. tak mungkin dipaksa.
ReplyDeleteSaya sendiri tak suka perhiasan, tp sukaaa sangat gold bar. Makanya rutin beli tp dalam bentuk bar.
Oh Pandora ini silver yaa. Tadi saya pikir itu mutiara 😄. Cantiiik sangat.. kesan luxury yet elegant nya terlihat betul👍
Yaa Pandora dia silver tapi jenis silver berkualiti Fanny.. dan design dia pun cantikk gaya emas putih..
DeleteSimple but so niceee!!! Yaa..yg haritu ada pink colour..sy berkenan yg tu pulak..Harrrharrrr!
ReplyDeleteAyat last...ya..ramai ckp..beli emas..tapi silver tak kurang lawo ya...Khen... So Terpulang la diri sendiri...Smg dilimpahkan rezeki kepada yg memberi hadiah buatmu..