TERIMA KASIH BUAT MEREKA YANG DATANG SINGGAH DAN KOMEN DI BLOG AKU!

Sis Lin
11
TERIMA KASIH BUAT MEREKA YANG DATANG SINGGAH DAN KOMEN DI BLOG AKU!. Lately ni memang mood menulis dan blog wakling sangat-sangat merundum. Bukan malas tapi hakikatnya Sis malas nak membaca. 

Sekarang banyak menulis (kalau rajin) kemudian terus tutup laptop/handphone. Sis baca juga posting korang yang mana lalu di reading list dan juga baca komen-komen semua blogger di blog Sis, tapi tu laa, bukak, baca then tutup. 

Kadang berminggu barulah Sis reply komen di ruang komen blog Sis. Entahlah mood memBLOG ni makin malas. Banyak habiskan masa tonton Netflix dan juga layan LIVE bundle dan orang jual ikan di TikTok. 

Terima Kasih Buat Mereka Yang Singgah Dan Komen Blog Aku!

Terima kasih buat mereka yang datang singgah dan komen di blog Sis. Mohon maaf jika tiada balasan blog walking dari Sis. Tak apa kalau lepas ni korang rasa taknak komen sebab Sis tak balas komen blog korang pun, Sis tak kisah, tak kecik hati pun, Sis faham. 

Yer laa kang ada pulak kata, ‘Asyik aku jer komen blog dia, dia tak komen blog aku’.. takpe Sis faham. Korang TERsinggah baca pun sekadar naikkan view blog Sis, Sis dah okayy dah. Sekarang PV makin menjadi-jadi penurunannya. 

Dulu kalau tak update at least lepas gak 5k views, sekarang makin tak update, nak cecah 3k pun susah. Entah apa google buat pun tak tau laa.. Blog korang pun masaalah yang sama ke?. Tapi malas nak fikir, lantaklah weii. 

Terima Kasih Buat Mereka Yang Singgah Dan Komen Blog Aku!

Siapa nak singgah, siapa nak baca, sila .. yang silent reader tu pun teruskanlah membaca ya. Now memang agak jarang Sis update blog, cerita banyak tapi masa tu habis depan TV aja. Layan Tamil hahahaha .. 

Ingat nak tukar template blog design lain pulak, nak kasi mood baru bukak blog, nantilah cari tenplate mana yang okkayy kita kasi tukar. Nak edit blog orang pun buat masa ni, Sis STOP kejap. Mood tengah MALAS. 


P/S : Inshaallah ada masa nanti Sis sambung blog walking semula ya. Thanks korang!. 
Tags

Post a Comment

11Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang menurun berbanding dulu. Entahla kenapa kan. Cie dulu lama jugak on off update. Maybe sebab tu la menurun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Cie, jauh beza sangat sekarang dengan yang lama sejak bertukar G4 ni.. apa yang google nak pun tak tau laaa

      Delete
  2. Adoi, sibuk layan orang jual ikan adik kita ni, hahah. Penuhlah ikan dalam freezer dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha iyerr Kak, kadang tak beli pun tapi suka tengokkk.. gerammmmm

      Delete
  3. Assalam, Tahniah, masih berBlog. zaman dh lainkan. rindu dgn bloger2 masakkan & ceritaceriti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, jiwa menulis tu masih ada, cuma sekarang masa pulak agak terbatas ...

      Delete
  4. Tak apa kak lin, jenuh itu hal wajar. Apalagi kalo ada kegiatan lain yg lebih menarik. Utk blog saya belum merasa bosan, Krn memang ini passion saya. Rumah Maya tempat saya bisa menghilangkan stress dengan banyak menulis.

    Kalo blogwalking, saya memang suka membaca, jadi tiap BW ke blog teman2 tak pernah berharap agar dibalas. Saya BW Krn memang suka. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, sekarangmalas nak fikir PV ke apa ke, ada cerita kita update, takde kita senyap, tapi tu laa segan sama kawan-kawan sebab Sis lama tak blog walking.. terima kasih Fanny selalu datang singgah dan komen sini yaaa

      Delete
  5. Ok, done baca Dan komenn 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!