BERGUNA BETUL HANGER TUDUNG NI!. Beli dah lama, berbulan-bulan dulu tapi kerajinan tu takde sebab gobok full dah. Pujuk-pujuk Suami belikan gobok baru, akhirnya Suami redha juga yang isterinya sangat memerlukan gobok baru ha³..
Kebetulan memang nak beli set katil queen untuk anak bujang yang akan berkahwin, tapi memandangkan biliknya size ruang tak besar, so kami beli set queen lengkap tapi goboknya kami letak dalam bilik kami.
Nanti bilik anak bujang tu, kami gantikan dengan gobok size muat biliknya aja. Now katil queen dan gobok solek aja yang baru di muatkan.
Bawal aku tak banyak tapi unlimited 😆 |
Pening juga jadi orang perempuan ni, mana nak gantung baju, lipat baju, tudung lagi, kurung lagi, blousenya, telekungnya, skirtnya, arghhh apa aja laa yang di pakai, semua nak kena elok simpan. Sampai gobok beso pun tak muat ekk.
Masa kemas gobok baru tu, Sis baru teringat yang Sis ada beli hanger tudung tu. Cari punya cari jumpa juga. Dan akhirnya semua tudung bawal Sis, Sis gantung hanger macamtu dalam gobok. Terus nampak tersusun dan elok aja.
Suku dari bawalnya dah Sis bagi adik-adik, yang tinggal semua koleksi bawal Jimmy Scarves ajer.
Satu plain, satu bercorak |
Dulu memang dah ada idea nak buat gini, tapi tempat tu terhad, so now dah banyak ruang, risau pulak takut Sis tambah membeli menambah sempit ruang hahahahaa.. tapi takpe, kita beli mana perlu aja. Sis pula pakai bawal Jimmy Scarves tu, harga agak mahal, so tidaklah membeli selalu ya.
Tudung-tudung sarung Sis pula, Sis gulung masuk dalam kotak bekas penyimpanan lama yang sebelum ni Sis letak tudung bawal tu. Kiranya bertukar tangan laaa ni. Dulu semua tudung Sis lipat humban dalam kotak tu, so now Sis dah asingkan, bawal Sis gantung hanger, sarung Sis gulung lipat.
Nampak kemas kan. Satu kotak tudung plain, satu kotak tudung bercorak. Kalau tak, serabut nak mencari dalam satu kotak.
Senang nak cari tudung lepas ni |
Mungkin orang lain dah lama buat gini, aku jer baru buat ni hahahaha…
Aishh letih mengemas weyyy.. tapi kalau tak buat gitu, sayang tudung-tudung tu semua, beli bukan murah, mahall nakk oii, rosak tudung tu, terkilan aku kang!. Sebab so far tudung Jimmy Scarves yang paling Sis suka. Alah membeli menang memakai, walau asyik tudung tu jerr. #adaakukesah
Takpelah kena tingkatkan kerajinan. Bila dah siap kemas, mata sendiri tengok pun manyak syokkk. Laki puji pun senyum kita kembang sampai ke telinga. Doakan isterinu ini istiqomah mengemas yaa hahahahaa..
P/S : Tengah YES ni, juling biji mata tengok katalog Jimmy Scarves buat sale wooo!! 😆
Best ada hanger macam tu senang nak sangkut tudung.
ReplyDelete