CURANG TANPA NIAT?. Setelah tamatnya Andai Tiada Dia, berlangsungnya Berbagi Suami, kini Curang Tanpa Niat pula akan menyusul bermula Isnin ini. Takkk, kenapa semua cerita drama sekarang kisah menyondol dan di sondol ni? Emosi tauu bagi kaum wanita menontonnya. Takde ke drama cerita Suami yang setia, Suami yang taat dan Isteri yang bahagia?..
Aduii yang Sis pun melayan, pastu sendiri makan hati sakit hati ekkk.. alaa biasalah drama kann, realitinya bukan mudah yaa nak pujuk hati dan redha atas segala yang berlaku. dalam darama bolehlah, cubalah kena diri sendiri, baru ko tau betapa remuknya cermin di tumbuk hahahaha.. bersepaiii..
Tamat dah Andai Tiada Dia, Falah meninggal tapi muncul pula Fatah. Apakah terjadi pada Intan ekk? Susah betul nak mati kann .. orang jahat memang macamtu, degil nak mampos hahahaha.. Berbagi Suami pula, buat jiwa geramm menontonnya jika kau seorang isteri. Baik isteri pertama atau isteri kedua. Lakinya pulakk, adoii buat sakit hati aku.
Nanti muncul Curang Tanpa Niat pula, entah apa laa kisahnya. Tapi Sis nak menontonya sebab ada Syukri Yahya. Sis suka dia berlakon. Drama Curang Tanpa Niat mengisahkan konflik rumah tangga yang timbul apabila Eshaal, seorang suami, menjalin hubungan rapat dengan rakan sekerjanya, dikenali sebagai 'office wife'.
Situasi ini menyebabkan Elina, isteri sah Eshaal, berada dalam dilema sama ada untuk mempertahankan perkahwinannya atau tidak. Ooo kisah percintaan rakan sekerja laa ni kan. Zaman now memang banyak begini, konon rakan sekerja, ke hulur ke hilir pergi lunch sesama, dalam diam, rupanya bercinta. Pernah dengar kes begitu?.
Alasan random orang curang tanpa niat ni, katanya perempuan tu sebatang kara, perempuan tu sakitlah, kesian takde tempat bergantunglah.. ehhh bila dah kawin, tup-tup, segerompolan gajah family dia ada keliling dia, kau ngase???? ..
Nantikan drama bersiri Curang Tanpa Niat bermula 23 Disember 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan strim di Astro Go dan sooka. Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah sebagai watak utama.
P/S : Aku suka layan drama macam ni, curi ayat-ayat kemarahan mereka dalam drama buat stanby 'masa depan' hahahahaha ...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.