DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?. Tempat korang ada ke nampak orang jual durian sana sini?. Tempat area rumah Sis juga di merata jalan di Johor ni, banyak orang jual buah durian. Dah masuk musim durian ke?.
Semalam lepas makan Ikan Bakar Pari hancing tu, lepas aja solat Maghrib di situ, Suami ajak pusing-pusing area gerai buahan. Katanya nak beli tembikai.
Jalan-jalan sampai hujung terus ternampak gerai Lubuk Durian tu dah buka, kemain banyak buah durian dia jual!, memang sah laa dah musim durian ni.
Suami tanya ‘Nak ke?’, laaa dia tanya kita nak ke taknak, semestinya laa NAK!. Kecik tapak tangan, sebesar mulut ku ngagakan hahahaha.. sedapnyaa dapat makan durian!.
Suami amik yang D24, sebiji RM68, makan di situ aja. Walau sebiji tapi puas betul makan, rasa isinya pahit, buahnya pulak bertindih-tindih kasih, so dapatlah banyak ulasnya. Alhamdulilah..
Bila di tanya, ‘Cukup ke?’, okayy okayy cukup dah, next time pulak laa kita makan lagi. Baru lepas makan nasi, so perut tak berapa beri kerjasama. Lagipun jadilah takat nak hilangkan tekak rasa hancing ikan pari bakar tu haaa adeiii..
Beli juga buah Longan 2kg, Tembikai sebiji, Limau Cina sekilo. Pisang sesisir, Orang buah tu bagi pulak sebekas buah Nangka free. Berapa banyak buah daaa Suami beli ermmm..
Balik dari Pasar Borong Pandan tu singgah Saudagar Kurma, Sis minta Suami belikan kurma. Malas nak turun kereta, Suami tolong belikan. Bila dah Suami yang masuk kedai, maka setengah jam pun tak keluar-keluar ekk. Hahahahaha.
Pun di belinya macam-macam. Begitulah orang lelaki kalau masuk kedai yang jarang dia masuknya..
P/S : Mood nak makan buah datang, so kita beli, kalau tak, seminggu takde buah kat rumah.
Kat Seremban ada gak yg jual Sis..tp mahal la...x tau la dh musim ke apa...SA pun suka makan buah..memang selalu beli sebab bawak bekal buah pi keja...
ReplyDelete