DAY-TRIP KE SINGAPURA AKU BAWA 50SGD SAHAJA

Sis Lin
1
DAY-TRIP KE SINGAPURA AKU BAWA 50SGD SAHAJA. Baru-baru ni Sis join Day-Trip ke Singapura bersama Geng Setaman Bukit Indah Sis. Pada mulanya kami pergi 12 orang yang bagi nama, kemudian 3 orang tarik diri di saat akhir atas sebab yang tidak boleh di elakkan. Makanya yang comfirm pergi hanya 11 orang termasuk tour guide kami. 

Sis lupa pulak travel apa yang Sis ikut ni ekk, tapi tour guide kami tu adalah jiran setaman juga, memang kami kenal, dia memang buat travel sana sini dalam dan luar Malaysia. Cuma lupa pulak nak tanya dia nama travel apa dia buat. Nanti Sis minta maklumat lanjutnya okayy.. 

Sis share ni adalah antara tempat menarik di Singapura yang boleh korang pergi dalam masa satu hari dengan menaiki van by group. 

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip kami ke Singapura ni hanya RM120/per-pax bersih termasuk transport dan upah guide tour, hanya duit belanja korang sediakan sendiri. Nak di jadikan cerita, day-trip ke Singapura ni Sis bawa 50sgd sahaja weii.. tapi sebenarnya Suami tukarkan RM200, dapatlah 61sgd, tapi Sis guna 50sgd sahaja, 10sgd lagi Sis kepil buat stanby. Last-last tak habis pun 50sgd tu hahahaha.. 

Kami bertolak dari Nusa Indah bersarapan dulu kenyang-kenyang, dalam jam 9am kami gerak masuk dari Gelang Patah Tuas - Singapura. Perjalanan sangat lancar okayy, sebab orang semua dah pergi kerja dan tidak jem dan tak sesak langsung di kastam Johor ataupun kastam Singapura. Perfect timing namanya.

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Apa-apa sebelum nak masuk Singapura, korang kenalah isi online borang ICA | SG Arrival (SGAC) atau korang boleh donlod appsnya, lebih mudah. Macam Sis sebab dah lama tak masuk Singapura, so Sis dan 5 orang rakan lagi guna under 'group' aja, ketua kami guide tour isi, kemudian yang masuk under group just scan pasport aja, terus masuk sistem kastam. 

Bagi mereka yang selalu masuk atau ada masuk Singapura jangka waktu terdekat tahun ni, bolehlah isi sesiap sendiri, lebih mudah rasanya. Sis pun lepas ni nak try isi sendiri aja, dah donlod dah appsnya tu. Memang mudah sangat sistem sekarang. Takde cop-cop dah sekarang. 

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Pit Stop kami pertama mestilah ke Merlion Park. Ada singa besar muntahkan air yang tak pernah kering di lautan Singapura tu haa hahahahaha.. Memasing cari angle nak bergambar. Ada yang ternganga mulut, ada yang berdiri bawah air, ehhh memacam laaa gaya hahaha.. 

Pergi weekdays pun ramai juga orang, ingatkan tak ramailah, so nak amik gambar pun kena ikut turn dan bergilir laa.. Cuaca pun kejap mendung, gerimis tapi kemudiannya panas berdenting oiii.. Pastikan bawa cermin mata hitam atau topi laa untuk lindung cahaya matahari. 

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Lepa tu kami ke Globe USS. Punya lama ada impian nak ke sini, akhirnya dapat juga jejak. Walau hanya bergambar depan globe aja, cukup satu kepuasan buat diri sendiri hahahaha.. Pusing-pusing sekitar kawasan then guide tour kami bawa naik MRT FREE ke Pahlawan Beach menikmati aiskrim Singapura di sana hahahaha, jadilah kann buat rasa-raso. 

Pit stop seterusnya Kami ke The Jewels Changi Airport. Ini memang salah satu tarikan utama di Singapura. Sis pun pestime sampai sini walau sebelum ni dah ke Changi Airport. Sangat teruja hokayy, besar dan cantik gilerrrr.. Amazing sangatt bila duduk lepak di sini. Cuma nak amik angle bergambar, kemian susah yerr, asal boleh sudah, janji cipta kenangan. 

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Puas berjalan, memasing dah lapar, so kami terus pergi makan di Restoran Tasneem berdekatan betul dengan Masjid Sultan, so senang lepas makan terus solat Zuhur dan sekali tunggu Asar. Sis makan berempat share 4 orang 50sgd untuk set tu semua. Ada Nasi Biryani, Sup Tulang Merah, Murtabak, cuma Mee Goreng kami add-on, sedap gilerr.. 

Lepas makan kami terus ke Masjid Sultan untuk Zuhur dan terus tunggu Asar. Selesai solat, kami jalan-jalan cuci mata di Arab Street. Rupanya banyak kedai makan di situ ekk, semuanya Halal. Tapi banyak makanan Arab laa, nama pun Arab Street kan hehehehe.. Singgah juga beli Kek di Cafe Julie Bakes yang viral kat TikTok tu, 

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Sebelum keluar dari Arab Street, singgah la ke Restoran Zam-Zam, memasing tapau Murtabak special dan tapau KopiO mereka. Perghh memang kalau ke SG, jangan lupa minum kopiO mereka, memang sedap sangat hokayyyy. Yang lain beli Air Katira tu haa buat rasa, tapi makk aiii manis dia potong kaki oii hahahaha.. 

Lepas tu kami terus gerak ke Gardens by the Bay. Situ pergi waktu senja ke malam cantik. Kena pulak time nak Krismas, bertambah cantik penuh dengan cahaya malam di situ. Cuma ada satu masaalah untuk kita sebagai muslim nak solat. Di sana tiada surau di sediakan, kalau ada pun bilik kecik untuk staff mereka solat. So pepandailah korang cari port untuk solat Maghrib. Untuk kami, alhamdulilah Allah permudahkan semuanya. Ada port tersembunyi untuk kami solat Maghrib di situ. 

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Kami berjalan keliling taman tu, then lepak-lepak menikmati malam di situ, kemudian jam 7.45pm kami ke Marina Bay Sand Light & Water Show. Show tu bermula jam 8pm. Memang ngam-ngam kami sampai, orang belum nak ramai, masa tu show belum start dan dapat kami nikmati malam di situ.. 

Dalam setengah jam juga show tu. Video Sand Light & Water Show tu korang boleh tengok di TikTok akusislin okay. Memang teruja betul tengok, best sangattt.. puashatilah walau sehari aja ke Singapura ni, tapi penuh dengan aktiviti dan kenangan bersama kengkawan semua. 

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Day-Trip Ke Singapura Aku Bawa 50SGD Sahaja

Selesai show, kami terus gerak balik Johor. Allah permudahkan segala perjalanan kami pergi dan balik. Jalan tak jem dan segala urusan kastam semuanya berjalan lancar. Macam tak percaya aja dah masuk Singapura hahahaha.. sampai memasing rasa taknak balikk .. 

Sis sampai Johor dalam jam 10pm, terus gerak balik Pasir Gudang. Kat SG Sis guna hotspot kengkawan yang roaming aja, malas nak beli roaming. Nak enjoy jalan-jalan aja. Time makan dan rehat aja pinjam hotspot kawan baca wasap, update kat family, yang paling sibuk bertanya, Suami laa hahahaha.. 

So next time akan ada lagi Day-Trip gini, bawa 50sgd pun lebih cukup dah, kecuali laa korang nak soping. Sis hanya beli makan, air dan juga kopi. Murtabak tu pun jika korang nak beli, kalau tak beli, lagi jimatlah duit korang. 

Ginilah kalau Mak-Mak dan Nenek-Nenek semua berjalan. Semua dah berusia, Sis aja paling muda antara semua, kita adik-adik wakkkk hehehehehe.. terima kasih korang untuk semua kenangan kita di Singapura.. pejuang 50SGD ko hahahaha.. next cabaran 30SGD katanya, pengsannn.. 


P/S : Bali duit Sis bawa balik ada 18.60sgd .. 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!