DEWAN GALERI AURA ISLAM JOHOR, PAMER ARTIFAK NABI MUHAMMAD SAW DAN WARISAN ISLAM. Korang orang Johor pernah tau ke atau sudah tau mengenai Galeri Aura Islam ni? Jujurnya Sis sendiri baru tau akan kewujudannya Galeri Aura Islam ni. Sedih betul dengar kan.
Sebelum ni Sis pernah pergi ke pameran artifak begini ketika berlangsung di Persada Johor beberapa tahun dulu, tapi tak tau pulak ada Galeri Aura Islam ni yang sama mempamerkan artifak Nabi Muhammad SAW dan Warisan Islam begini. Sos bagi mereka yang ingin melihatnya, boleh datang bila-bila masa aja di sini.
Ketika lawatan media ke sini, kami sempat berramah mesra dan bertemu bual dengan Managing Director Galeri Aura Islam, Datuk Haji Anuar Bin Haji Hassan. Beliau banyak menerangkan misi dan visi utama Galeri Aura Islam ini di tubuhkan dan beliau ingin mengajak semua warga Johor atau luar dari Johor bersama-sama datang ke sini dan melihat sendiri pameran artifak ni.
Galeri Aura Islam Johor merupakan sebuah destinasi menarik yang menonjolkan warisan dan kebudayaan Islam di negeri Johor. Galeri Aura Islam di Johor telah dibuka secara rasmi pada 1 November 2019 di Anjung Neighbourhood Centre, Iskandar Puteri.
Ia menjadi galeri tetap yang mempamerkan hampir 300 artifak asli, termasuk peninggalan Rasulullah SAW dan artifak dari tamadun Islam terdahulu seperti Empayar Uthmaniyyah dan Abbasiyah.
Galeri Aura Islam menempatkan secara kekal artifak-artifak ini dan dibuka untuk kehadiran pelawat atau pelancong yang ingin menghayati sirah Islam menerusi artifak-artifak yang ditampilkan.
Antaranya termasuk :
POTONGAN KAIN KISWAH КААВАН 1430Н
AL-QURAN ACHEH
AL-QURAN EMAS UTHMAN/YAH
REPLIKA PINTU KAABAH
ANAK KUNCI KAABAH UTHMANIYAH
KUNCI KAABAH UTHMANIYAH
REPILKA PANCUREMAS
KOLEKSI SYILING LAMA DUNIA ISLAM
KAIN PENUTUP MAKAM RASULULLAH S.A.W
JANGGUT RASULULLAH S.A.W
Dan banyak lagi …
Sis taknak laa masukkan semua gambar, korang boleh lihat sendiri di sana.
Atau lihat lebih banyak gambar di : Facebook Pages akusislin
Video suasana galeri IG : akusislin
Video TikTok : akusislin
Selain pameran, galeri ini sering menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, bengkel seni Islam, dan program komuniti untuk mendekatkan pengunjung dengan nilai-nilai Islam. Pameran ini telah menjadi platform unik untuk memperkenalkan keindahan warisan Islam melalui koleksi artifak bersejarah Rasulullah SAW, para sahabat dan empayar Turki Uthmaniyah.
Kehadiran korang nanti akan memberi sokongan terhadap usaha mempromosikan sejarah dan keindahan Islam sebagai sebuah warisan dunia. Korang yang berada di Johor atau luar dari Johor, datanglah bersama keluarga, anak-anak juga sahabat saudara-mara ke sini melihat sendiri apa yang di pamerkan.
Galeri Aura Islam Johor
Lot R19, R19A, R20, Anjung Neighbourhood Centre,
Persiaran Ledang Heights, East Ledang, 79250, Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim
Di buka dari Selasa hingga Ahad.
Dari jam 9:30am hingga 6:00pm.
TUTUP pada setiap hari ISNIN.
Tiket masuk :
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM10 (12tahun ke bawah)
Warga Emas/OKU/Pelajar IPT : RM10
Kanak-Kanak bawah 5tahun PERCUMA
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 07-5353355 atau ke laman website https://www.galeriauraislam.com
Location m4ps/w4ze: Galeri Aura Islam
P/S : Teruja juga ada di kalangan yang bukan Islam turut hadir pada masa ni. subhanaallah ..
Kain penutup makam itu replikasi kan ya kak? Aslinya bukan di tanah arab sana?
ReplyDeleteIyaa Fanny, salah satunya yang di pamerkan ..
Delete