JUMAAT TERAKHIR DI TAHUN 2024. Tinggal 4 hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2025. So apa azam tahun baru korang? Atau azam tahun ini belum tercapai? Mungkin ada juga azam-azam masih tertunggak kan?.
Sis? Tiap-tiap hari ada azam, bukan setahun sekali, tapi hari-hari. Bangun pagi berazam nak jadi yang lebih baik dari semalamnya. Tiap hari macamtu. Tiap hari juga berazam moga Allah sihatkan Sis, murahkan rezeki Sis dan beri Sis kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk mengharungi dunia hari-hari Sis.
Jangan fikir nak azam tahun baru aja, sepatutnya hari-hari kita kena berazam untuk diri kita, barulah segala apa yang kita azamlan akan Allah makbulkan. Azam ni dia macam doa juga. Tiap kali solat, kau berdoa, itulah azam kau.
Dan harini adalah hari Jumaat terakhir di tahun 2024. Tak tengok lagi apa tajuk Khutbah Jumaat harini. Dan bermula tahun 2025, negeri Johor akan mula bercuti pada hari Sabtu & Ahad. Tiada lagi Jumaat & Sabtu.
Ada ibu bapa yang seronok akan pertukaran cuti tersebut, ada juga yang kurang setuju, tapi bak kata TMJ, jika tidak setuju, sila pindah ke negeri lain hahahahahaa ..
Semalam seharian Sis manjakan diri dengan buat Medicure & Pedicure, kemudian buat facial muka, dan juga buat treatment rambut, rasa bahagia gituuuu dapat luangkan masa untuk diri sendiri. Sampai tertido-tido masa buat facial hahahaha. Tu yang tak update blog semalam.
Harini pula Sis ada undangan Media Pra-review buffet ramadan. Di mana? Nantikan kisah seterusnya okayy. Now dah masuk satu per-satu undangan buffet ramadan, tapi Sis amik mana yang mampu aja, sebab tahun depan bizi mengurus anak nak kawin. Tunggu goodies sampai aja nanti ni.
So korang jangan lupa tanamkan azam korang setiap hari dan jangan putus asa berdoa walau ada doa kalian yang Allah belum makbulkan. Allah kalau nak bagi antara cepat dan lambat tapi pasti ada sebabnya Allah berbuat demikian, supaya kita bersyukur dahulu dengan apa yang ada.
P/S : Terus mikir, nak pakai baju apa ekk malam ni hahahahaa ..
moga hari2 yg mendatang ...lebih baik dr hari2 yg lepas...in sya Allah
ReplyDeletelepas ni senang nak bercuti sesama sbb dah sama hari cuti wiken hahaha
ReplyDeleteCepatnya masa berlalu tak sedar je dah nak masuk tahun baru.
ReplyDeleteInsya-Allah.. Lepas nie nak amalkan juga berazam hari2 mcm doa... Tapi, takde lah azam yang besar2 pun, memang berazam untuk jadi lebih baik dari semalam..
ReplyDeletetahun baru kami disambut dengan UPKK kakak :D
ReplyDeleteIn syaa Allah sis semangat semangat :)
ReplyDelete