KETAM MASAK LEMAK CILI API

Sis Lin
0
KETAM MASAK LEMAK CILI API. Selamat pagi Isnin buat semua. Tinggal beberapa hari aja lagi nak masuk ke tahun baru 2025 kan. Tapi tahun ni rasa macam agak masa tu lama betul nak 2025 hahahaha.. 

Macam tak sabar nak masuk 2025!. Terlalu banyak perancangan Sis untuk tahun 2025, tapi kita hanya merancang, hanya Allah yang akan menentukan dan mengizinkan semua aturan kita, inshaallah.. 

Ketam Masak Lemak Cili Api
Masak lemak Sis semalam sedap betul! 

Semalam hari Ahad, Sis takde ke mana-mana, kena jaga Cucu sebab Yana on duty showroom semalam, menantu pun sama, so Nenek kena jaga Cucu. Tak kisah pun, lagipun Suami pun kena kerja semalam. 

Mulanya malas nak masak sebab anak bujang pun keluar ada temujanji dengan bridal, tapi bila dah tengahari, fikir-fikir kesian pulak Cucu kang takde apa nak makan. 

Sambal Sardin
Sardin untuk Cucu. Kemain suka dia makan semalam. 

Akhirnya masak jugalah semalam. Untuk Cucu Sis masakkannya Sardin Tumis dan untuk seisi rumah Sis masak Ketam Lemak Cili Api. Lagipun Yana balik nanti bolehlah dia makan. 

Ketam Sis beli mana lagi kalau bukan di LIVE TikTok JB Frozen tu. Kebetulan tengok ada jualan ketam, Sis lock dan beli satu set, dapat 6 ekor harga RM66, besar dan penuh isi dalamnya. Beli juga set combo ikan-ikan. Memang puashati beli dengannya. 

JB Frozen Seafood
Semua sekali ni RM165 sahaja! Siap delivery PG RM10

Sis masak semuanya, kerat dua, nampak banyak tapi biar puas makan dan meratah. Mood masak semalam ada bagus, ehh sedap pulak kuah masak lemak cili api Sis semalam hahahaha. Yana pun puji sedap, alhamdulilah.. 

Suami balik pun makan juga, mula taknak makan, tapi bila dia bukak tudung saji, terus cakap nak makan. Dua ketul gak Suami makan semalam, dia bukan peminat seafood, tapi kalau dia makan tu, maknanya rasa lemak tu sedaplah tu di tekaknya. 


P/S : Misi mencuci cadar dan tuala harini.. jomm kita!

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!