MASAK MEE BANDUNG SEDAP UNTUK ANAK BUJANG

Sis Lin
0
MASAK MEE BANDUNG SEDAP UNTUK ANAK BUJANG. Atas permintaan anak bujang, Sis masak Mee Bandung untuknya semalam. Katanya 'Lama Mak tak masak Mee Bandung', Sis dengar pun alahaiii sian pulakk, tapi pes Mee Bandung Mak Pon takde stok pulak kat rumah ni. Ada try juga pes jenama lain, tapi tak sesedap pes Mee Bandung Mak Pon ni. 

Dah usha-usha dah dalam Shopee, ada jual, tapi tak beli-beli juga. Nak di jadikan cerita, beberapa hari lepas teman Suami ke Kuantan, masa balik ke Johor singgah petrol pam Petronas jalan Kota Tinggi ke Johor. Tiba-tiba ternampak ada jual pelbagai pes kat situ. Terus terpandang, waaa ada pes Mee Bandung Mak Pon laa. 

Masak Mee Bandung Sedap Untuk Anak Bujang

Sis apalagi teruslah beli dua bungkus pes Mee Bandung dan juga dua pes Soto. Kita try nanti masak soto pula guna pes Soto Mak Pon ni. Ramai kata sedap juga, so kita cuba nanti. Tak cuba mana nak tau kan. Cuma pakaging Mak Pon dah lain dah, dah upgrade lebih cantik bungkusannya. Harga Sis tak perasan pulak samaada masih sama atau tak, lupa dah. 

Tak kisahlah, bukan selalu makan pun, takat naik singgit dua tu, lebih kuranh halal je laa. Barang basah dan kering sekarang bukan murah-murah lagi dah, semua benda naik harga kan. Makanya faham-faham sudah. Rasa mahal sangat, buat ajer laa rencah sendiri yaa. 

Masak Mee Bandung Sedap Untuk Anak Bujang

Kali ni paling simple Sis buat Mee Bandungnya. Dalam esbox hanya ada udang dan sotong juga fishcake, so Sis hanya beli sawi untuk jadikan bahan dalam kuah Mee Bandung, Telur dah memang ada kat rumah. Ikutkan letak daging lagi sedap, tapi takpelah, kita masak guna apa yang ada, janji kuahnya rasa mantap..

Yana pun semalam singgah juga rumah, dapatlah dia merasa makan semangkuk dua. Yana ingat Emaknya rajin sangat nak buat sendiri pesnya, sebab katanya sedap hahahaha.. sedap tu semestinya laa pes Mee Bandung Mak Pon hihihi. Yana siap tanya beli mana, katanya nak belilah dekat Shopee, nak masak sendiri. 

Masak Mee Bandung Sedap Untuk Anak Bujang

Korang yang nak makan Mee Bandung, korang trylah pes Mak Pon ni, memang sedap, cukup rasa dan tak payah menumis. Hanya didihkan air, masuk pes, pecah telur, kemudian masuk semua bahan. Sebungkus tu boleh makan untuk 6-8 orang. 

Nak beli mana? Beli jer di Shopee, tak silap di TikTok pun ada. Area Kota Tinggi boleh pergi Petronas Kota Tinggi ke Johor tu. 


P/S : Selamat bercuti-cuti korang .. jaga diri dan kesihatan okayy.. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!